Saturday, July 14, 2012

Purdah dan Niqab , satu fesyen ?



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Indahnya wanita berpurdah. Inilah impian saya sejak dahulu. Melihat wanita berpurdah mendorong saya untuk melakukan perkara yang sama tetapi diri sendiri perlu diperbaiki sepenuhnya terlebih dahulu barulah purdah , niqab menjadi pilihan saya. Sesungguhnya berpurdah , berniqab bukanlah perkara yang main main. Mungkin saya yang bukan niqabis kurang sesuai untuk membicarakan hal ini namun , insya Allah saya cuma mahu menyediakan input input saya agar kita semua mendapat keredhaan daripadaNya. Redha Allah itu kan penting :)

Niat
Ya , apa apa pekerjaan yang kita lakukan perlulah diiringi niat yang baik. Sebelum kita berniqab , berpurdah , cuba kita tanya diri kita ; apa niat kita ? Adakah kita hendak mendekatkan diri kepada Allah ? Atau adakah kita mahu kelihatan 'mahal' ? Adakah kita mahu kelihatan lebih menarik , cantik & lebih bergaya ? Atau adakah kita mahu menyorokkan kelemahan yang ada ? Adakah kita mahu mengelak daripada menjadi bahan fitnah ? Atau adakah kita terpengaruh dengan jiwa fesyen ? Ini yang kita tak mahu. Niat yang salah didorongkan walaupun perkara yang kita lakukan itu sangatlah baik. Perlu diingat bahawa niat yang tidak baik membuatkan kita tidak mendapat pahala untuk perkara baik yang kita lakukan. Tak rasa rugi ke muslimah sekalian ?

Tuntutan
Tidak dinafikan seorang wanita berpurdah sangatlah menarik perhatian saya. Saya kadang kala malu. Malu kerana merasakan mereka yang berpurdah bagi saya seperti telah meng'upgrade'kan diri mereka. Sudah semestinya perkara asas seperti menutup aurat dengan sempurna sudah dicapai maka berpurdah pula dijadikan pilihan mereka untuk menunjukkan tanda kasih & sayang kepada kekasih kita , Allah SWT. Tetapi tidak kurang juga rasa malu saya kerana terdapat segelintir yang seperti tidak menghormati makna purdah dan niqab itu sendiri. Berpurdah & berniqab tetapi masih tidak memakai pakaian yang dituntut syariat. Yang menutup aurat dengan sempurna. Sedih. Tak malukah anda , berpurdah tetapi masih terdedah sana sini ?

Saya hanyalah seorang manusia biasa. Apa yang saya sangat suka ? Saya suka untuk memerhati. Memerhati gelagat manusia tetapi tidak pernah mengecilkan skop pemerhatian saya. Its general. Saya tahu majoriti wanita berpurdah punya alasan yang kukuh untuk berpurdah. Sisters , I am proud of you. You chose what's the best for you. Anda memilih untuk berpurdah tanda anda cinta , kasih & sayang kepada Allah. Dan itulah juga cita cita saya. Dengan menutupi sebahagian muka dengan selapis kain. Subhanallah !

p/s : Cuti semester sudah bermula. Terima kasih atas doa kalian. Exam , alhamdulillah , berlalu dengan cemerlang. Semoga keputusannya juga cemerlang , insya Allah !

14 umat prihatin:

Nur said...

alhamdulillah, teruskan cita2 itu :) semoga Allah redha..

Gigi Besi said...

mr emperor - Alhamdulillah , terima kasih sahabat :)

SyedGraphix Dot Com said...

Suka wanita yg berniqab :)
Alhamdulillah..

Gigi Besi said...

SyedGraphiX dot Com - Ramai yang cakap macam tu. Walaupun sudah menutup segalanya , tarikan itu tetap ada. Allah Maha Mengetahui :)

Cheq Unni said...

sy suka entry awk... ,mmg sedih rsanya klau tgk umat islam yg brpkaian mcm org barat...

sop said...

semoga kita sentiasa berada di golongan yg beriman.. amin

Gigi Besi said...

Cheq Unni - Terima kasih , input segalanya input Allah. Saya hanya menyampaikannya sahaja. Memang sedih + malu melihat pemakaian wanita zaman kita.

Sop - Amiin :')

radsmil said...

setuju.. niat tu yg betul.. lagipun tidak wajib sebenarnyaa memakai hijab ataupun purdah... yg wajibnya ialah menutup aurat... bak kata ustaz azhar idrus...xD..

tapi mil suka sangat dgn cita2 saudari... insyaallah akan tercapai juga... amin.. :)

Gigi Besi said...

Radsmil - HAHA , suka ayat ustaz tu :')

Terima kasih sahabat ! Doakan k , insya Allah ! :D

nuranne said...

niat yang baik. sy doakan yang terbaik.

Gigi Besi said...

SimplySeoul - Terima kasih :')

secret roses said...

Awak cantik pakai purdah..kerana bila hati yang baik akan keluar seri dia lebih lebih lagi bila awak pakai purdah..Semoga Allah merahmati awak juga!! :)

Gigi Besi said...

Secret roses - Ya Allah , terima kasih :) Cuma pemakaian purdah bukan untuk tampak lebih cantik. Betulkan niat , hehe :)

May Allah bless you too dear !

amalia rostam said...

Insya Allah my dear! Niat untuk melakukan perkara yang baik itu pasti akan ada cabaran dan dugaannya yang tersendiri, tapi hasilnya Insya Allah mantoopp sangat sehingga kita xsangka itu yang akan terjadi. Semoga Allah sentiasa permudahkan jalan untuk anda melakukannya.. Amiiin.. Keputusan anda jua bakal cemerlang dengan dilaksanakan bersama usaha yang gemilang. ^_^

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com