Monday, July 16, 2012

Dah ready untuk Ramadhan ?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Ku mengharapkan Ramadhan ,
Kali ini penuh makna ,
Agar dapat ku lalui ,
Dengan sempurna...

Setahun dah berlalu. Terasa seperti baru beberapa hari. Teringat kembali kaki ini melangkah ke masjid bagi solat terawih. Berjemaah bersama sama seisi kampung. Terasa lagi indahnya beriftar bersama sama famili , rakan rakan dan semua sanak saudara. Terasa ukhwah disitu. Sungguh , rasa macam baru sekejap perkara itu ditinggalkan. Ingatkan diri ini tidak sempat untuk merasai Ramadhan tahun ini tapi insya Allah , Allah akan memberi nikmat Ramadhan dirasai saya dan anda semua. Mesti tak sabar kan ?

Pernah dengar hadis yang menyatakan diam orang berpuasa merupakan tasbih , tidurnya merupakan ibadah dan doanya mustajab ? Lihat bertapa besarnya pahala orang yang berpuasa. Tetapi kalau kita tak ready for the Ramadhan , macam mana kita nak beribadah dengan yakin kerana Allah SWT ? Thus , it is a need to practice before we do something. Practice makes perfect right ? Memanglah kita dah besar , kalau saya mungkin daripada 20 tahun umur saya , at least 15 tahun dah saya merasai keadaan Ramadhan. Tapi apa jaminan kita yang kita sudah bersedia sepenuhnya kalau tanpa persediaan rapi ?

Manusia. Sebagai contoh , saya selalu dah kena present & berjumpa dengan ramai orang. Sebagai mahasiswa , kita diajar untuk bijak berkomunikasi lebih lebih lagi course saya menuntut saya untuk petah berkata kata. Tetapi walaupun dah selalu kena buat presentation , dari saya sekolah lagi dah kena present kat depan ; we still need a practice right ? At least once before we want to present something. Am I right ? Sama juga dengan persediaan untuk Ramadhan. Kita masih memerlukan latihan yang cukup agar kita dapat melakukan yang terbaik bagi Ramadhan tahun ini.

Gambaran dibawah ini mungkin sudah tersebar luas. Suka tengok. Bijak sungguh sesiapa yang mencorakkannya. Sangat comel ! Terima kasih sahabat. Well , comel comel juga tapi apa kata kita ambil 10 perkara ini sebagai amalan kita sebelum Ramadhan tiba. Dah dekat sangat dah ni. Ramadhan ibarat dah tersenyum untuk kita umat Islam sekalian. Tersenyum tidak sabar membuka lembaran sejuta pahalanya. Tersenyum mengingatkan seluruh umat Islam bakal menerima nikmat yang tidak terhingga daripadanya , sang Ramadhan :)



Selangkah demi selangkah ,
Dengan rahmatMu oh Tuhanku ,
Ku tempuh juga...

p/s : Hari ini hari Isnin. Siapa puasa angkat tangan ? Semoga Allah merahmati anda semua , sisters & brothers. Love from me to all of you. Lets get ready for the best month of the year ! Ramadhan !

11 umat prihatin:

nuranne said...

mudah2an bila dah buat warm up akan lebih bersedia. selamat menyambut ramadhan al mubarak to you and family.

Nur said...

semoga Allah menilai amalan kita sbgai amalan yg ikhlas dan tinggi nilainya di sisiNya.. :)

nana said...

Selamat menyambut Ramadhan. Ramadhan mubarak :D

Gigi Besi said...

SimplySeoul - Yes, hopefully lah kan. And before that kena make sure warm up dulu la :')

Mr emperor - Insya Allah , amiiin :)

nana kamarul - Selamat juga sahabat !

Mime MF said...

selamat menyambut ramadhan..tak sabar rs..;)

Gigi Besi said...

miss fluffy - Terima kasih. Selamat juga ! Tau xpe :D

Eksited sangat !!

secret roses said...

Ya Allah!!TERIMA KASIH awak :)
Selamat menyambut Ramadhan tau awak!!

Gigi Besi said...

Secret roses - Sama sama awak :)
Selamat juga tau !

Sop said...

ternanti2 Ramadhan :)

"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat dipenuhi dengan amalan :)

tirahzairi said...

ahlan ya ramadhan

Gigi Besi said...

sop - Samalah , Ramadhan yang dinanti itu bakal tiba sop. Semoga mendapat keredhaan daripadaNya ya sop :)

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com