Thursday, March 1, 2012

Solat Jemaah Tutup Dosa Sepanjang Hari

Bismilahirrahmanirrahim , 
Salam























Pertama sekali , jangan tertipu. Statement di atas bukanlah menghalalkan perlakuan dosa sepanjang hari dengan hanya melakukan solat berjemaah. Itu hanyalah simbolik. Satu sindiran kepada Muslim yang hanyalah di atas nama Muslim. Muslim yang tidak kenal erti Islam. Muslim yang hanya kejar ilmu dunia tanpa ilmu akhirat. Muslim yang tidak mengamalkan hidup sebagai hambaNya. Muslim yang munafik. Muslim yang tidak bercita cita menjadi Mukmin sejati. Ya , manusia berubah mengikut perubahan masa. Tapi pabila dah tua baru nak bertaubat ke ? Kalau tak sempat ? Kalau sapaan Izrail lebih awal daripada jangkaan kita ? Bagaimana ? 

Actually dulu ada sepupu yang agak ' berat ' nak melaksanakan solat 5 waktu. Cuba faham juga lah atas alasan dia masih awal remaja ( walaupun usia ketika itu sudah menjengah usia pelajar sekolah menengah ). Tetapi bagi menitipkan keinsafan dalam dirinya , takkan Tina hanya mampu berdiam diri kan ? Takkan nak marah melulu juga ? Tina memberi idea agar setiap kali masuk waktu solat Maghrib , ramai ramai ( semua sepupu ) melakukan solat berjemaah. Solat sama sama berimamkan sepupu Tina yang merupakan pelajar Tahfiz. Sebenarnya , Tina mahu menjelmakan perasaan suka dan seronok untuk solat. Untuk berhadapan dengan buah dan jantung hati kita. Tapi selepas itu , konklusi yang sepupu seorang ini dapat hanyalah , " Tak solat Subuh , Zohor , Asar dan Isya' pun tak apa sebab dah cover solat jemaah Maghrib. " Tina terdiam.

Pelik. Kelakar pun ada. Bukan dia sahaja yang punya konklusi begitu. Ramai lagi. Sebagai contoh , seseorang yang berhijab tidak melakukan solat fardhu 5 waktu hanya kerana berfikiran dengan berhijab dia dapat menutup sisipan dosa yang lain. Atau aurat ditonjolkan , terdedah sana sini tetapi dia mengaku dia Muslim kerana melaksanakan solat fardhu 5 waktu ; DAN yang ini merupakan akuan ramai. Tidak terkecuali lelaki mahupun perempuan , tua ataupun muda. Sebenarnya apa yang mereka fikirkan ? Keseronokan mempersendakan perintah Allah ? Atau amalan sudah cukup untuk berhadapan dengan neraca Allah di akhirat kelak ?



















Ramai orang sering menyangka dirinya betul. Hanya muhasabah diri sahaja dapat menembusi keegoaan ini. Sedangkan Firaun sendiri menyangka dirinya benar. Konon Nabi Musa a.s yang membawa kepada kerosakan dan tidak benar.

Dan berkata Fir'aun ( kepada pembesar-pembesarnya ): " Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya , karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan di muka bumi." 

( Al-Mukmin ; ayat 26 )


Walau bagaimanapun , hidayah itu milik Allah. Selagi seseorang itu belum meninggal dunia ; sirna hidayah senantiasa bersama samanya. Cuma pemberian hidayah bergantung kepada pemilikNya iaitu Allah. Namun begitu , jangan terlalu yakin bagi yang mengaku dia itu baik. Subhanallah , bagaimana mungkin seseorang insan itu boleh selesa dengan apa yang ada pada dirinya sedangkan tidak ada jaminan bahawa pengakhiran mereka seperti itu. Walaupun dirinya sudah diberikan hidayah , kekalkan. Yang masih merasa dirinya tersimpang jauh daripada jalan Allah , berusahalah! Ya , memang  benar hidayah itu milik Allah tetapi kita perlu tahu yang hidayah itu milik Allah yang perlu dicari. 

Renung renungkanlah al-fatihah yang sering dibaca dalam solat fardu , bukankah tidak jemu kita meminta supaya Allah s.w.t menunjukkan jalanNya yang lurus. Bukankah jalan-jalan orang yang Allah Taala berikan nikmat itu adalah jalan kita. Jalan-jalan mereka yang sesat itu bukan jalan pilihan. Tunjukkanlah mereka ( golongan yang masih tidak mendapat hidayah Allah ) jalan yang benar. Don't be selfish. Bukan kita sahaja yang mahu masuk syurga Allah. Maha suci Allah yang telah memberikan hidayah.

p/s : Pabila lembaran hidayah sudah dibuka dan dibicarakan , memang tidak akan pernah habis. Cuma , maaf dipinta andai pada permulaannya agak emosi :)
p/s 2 : Semoga Mac membawa lembaran yang baik. Nak start semester baharu dah ni
-___-' 

7 umat prihatin:

Unknown said...

thanks 4 the advice :)

Gigi Besi said...

Qarr - Your most welcome :D

Miss Peah said...

Semoga mereka mendapat hidayah :) Semoga berjaya dan berpenat di semester baru. Hehehe

Gigi Besi said...

Peah - Insya'Allah , kita doakan mereka , amiiin :)

Semester baru ? Semoga Tina boleh score lagi . Hehe. Amiiin.

gnesop.com said...

nice sharing :)
thx

Gigi Besi said...

sop - ur most welcome , sharing is caring :)

Gigi Besi said...

syira - thanks dik , :)

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com