Monday, February 27, 2012

Stop , think. And thank you.


Bismilahirrahmanirrahim , 
Salam.


Satu lafaz mudah , ringkas dan bermakna tetapi tidak ramai yang sudi untuk melafazkannya.

Pelbagai situasi kita boleh cetuskan. Ketika berjalan menuju ke kelas , sampai di pintu kebetulan ada seorang hamba Allah membukakan pintu untuk kita. Kita pun terus sahaja masuk tanpa mengucapkan terima kasih. Dah lama sangat kita tak menghubungi seorang sahabat dunia akhirat kita dan one fine day , he / she calls you. Telefon untuk bertanya khabar dan berbual panjang. Kita akhiri dengan ucapan salam tanpa ucapan terima kasih atas ingatan sahabat kita itu pada kita. Lori sampah datang ke rumah untuk mengutip sampah yang menimbun , kebetulan lagi kita berada di luar rumah untuk berchitchat dengan jiran tetangga ; kita langsung tidak berminat untuk melihat tukang angkut sampah itu apatah lagi to stop awhile and say , " thank you ". Aneh ! Besar pahalanya andai lafaz terima kasih kita ucapkan kepada mereka. Even though it just a situation which accidently occurs , but why can't we practise it just because we want to gain more and more pahala.

And of course , perkara ini ditujukan buat diri tina juga. Diri sendiri juga susah untuk mempraktikkan mengucap kata kata keramat itu. Alhamdulillah , syukur dan terima kasih kepada Allah merupakan lambang syukur jika dinisbahkan manusia kepada Allah s.w.t. Namun ucapan ini juga adalah simbol mahabah antara sesama insan. Doesn't mean nak dapat pahala , ucapan ini hanya buat muslim sahaja , yang non-muslim buat tak tahu je. Actually , inilah kunci kita muslim untuk menarik minat golongan bukan Islam untuk meminati Islam yang serba serbi lengkap. Kalimah terima kasih juga adalah tanda bagi mengeratkah ukhwah antara manusia dengan manusia.

Tetapi jika kita refleks diri kita , di situasi mana pula ucapan syukur di ucapkan buat Allah dan sudah berapa kali kita berterima kasih kepada buah hati kita itu ? Bayangkan pada umur kita 20 tahun , berapa hari Allah memberi kita peluang untuk berterima kasih kepadaNya ? Satu tahun 366 hari ; 10 tahun merangkumi 3660 hari dan apabila umur meningkat 20 tahun , angka kiraan hari juga meningkat kepada 7320 hari. Kalau 50 tahun ? Seberapa kerap kita ucapkan syukur dan terima kasih kita kepada Allah s.w.t yang memberikan banyak peluang kepada kita dalam bentuk angka hari. Selalukah ? Allah telah berfirman dalam al - Ankabut ayat 2 yang bermaksud ;

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : " Kami telah beriman ", sedang mereka tidak diuji lagi ? 

Allah itu akan menguji setiap hamba hambaNya. Mungkin kita merasakan kita tidak pernah diuji atau tidak akan diuji tetapi adakah kita tahu bahawa kesenangan itu juga adalah satu bentuk ujian buat kita ? We never stop and think about that. Yang kita tahu , mahu mencari lebih kesenangan. Andai diri ini tidak tahu sekalipun kesenangan itu ujian ; tidakkah kita tahu yang kesenangan itu anugerah ? Dan amat perlulah kita ucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada jantung hati kita. Tidak terfikirkah ?



p/s : Pernah tak even once kita ucapkan salam pada diri kita ? Assalamualaikum Nursayidatina dan terima kasih kerana telah menjadi hebat walaupun bukan di mata manusia tetapi di mata Allah. Insya'Allah.
p/s : pssss , terlupa pulak. Thanks for reading this piece :)

8 umat prihatin:

anasolehah said...

saya pun nak cakap terima kasih ;)

gnesop.com said...

terima kasih :)

Nadzmy said...

terima kasih kerana berkongsi entry..suka blog nie..ceria..

nursayidatina said...

ana - sama sama kasih dan terima kasih juga :D

nursayidatina said...

Sop - sama sama dan terima kasih kerana sering menjengah :)

nursayidatina said...

nadzmy - sama sama kerana saya memang suka berkongsi :)

dan terima kasih kerana suka blog ini dan baca tulisan tina yang tak seberapa ini.

nursayidatina said...
This comment has been removed by the author.
♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

sy suke ucap terima kasih pada org lain .. tp, 1 prkataan sy sukar nak ucap that is MAAF .. sy tahu saya buat silap tpi kdg2 manusia kan ... kita rasa malu utk mengakui salah kita sndri .. :D

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com