Friday, March 23, 2012

The wives are your garments wahai adam !


Bismillahirrahmanirrahim ,
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.


Dengan berkahwin Adam bukan sahaja mendapat Hawanya malah Adam mendapat seluruh dunia ini. From the moment the Adams say " Aku terima nikahnya .. " until you die , Hawa will be your best companion. Hawalah yang akan menjadi rakan kongsi Adam dan kawan baik Adam. To be short , Hawa ini macam BFF Adamlah :)


Hawa akan berkongsi saat-saat Adam , hari hari Adam , dan tahun-tahun Adam. Dia akan berkongsi kegembiraan dan kesedihan Adam , kejayaan dan kegagalan Adam , impian Adam dan kebimbangan Adam. Apabila Adam sakit , Hawalah yang akan menjaga dan menjadi ' maid ' yang terbaik untuk Adam. Dan apabila juga Adam memerlukan bantuan , Hawa sedia membantu. Pintalah apa sahaja , semua Hawa boleh sediakan atau lakukan. Jika Adam mempunyai rahsia , dia akan menyimpannya tanpa diketahui sesiapa pun dalam dunia ini. Dan apabila Adam memerlukan khidmat nasihat , Hawa on the spot boleh menjadi kaunselor yang terhebat di dunia.

Selain itu ,

Hawa akan sentiasa berada dengan Adam. Apabila Adam bangun pagi pagi , perkara pertama yang dilihat mata Adam adalah Hawa. Tahukah Adam , Hawa senantiasa bersama sama Adam. Jika untuk beberapa ketika Adam tiada di hadapan mata Hawa ; mungkin pergi ke tempat kerja , Hawa akan fikirkan Adam , berdoa untuk Adam dengan segenap hati , minda dan jiwa. Dan apabila Adam tidur di malam hari , perkara terakhir yang mata Adam lihat adalah Hawa. Again in short , she will be your whole world and you will be her whole world.


Allah telah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 187 ;

" Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka " 

Ya , pasangan Adam dan Hawa adalah seperti pakaian antara satu sama lain kerana mereka menyediakan perlindungan , keselesaan , perlindungan , sokongan dan perhiasan antara satu sama lain. Just imagine a journey in the winter of Alaska without garments ! Itulah umpamanya pasangan Adam dan Hawa. Mereka menyediakan satu sama lain keselesaan , perlindungan dan sokongan dalam bentuk pakaian untuk mengharungi perjalanan hidup mereka di atas muka bumi ini yang seperti musim sejuk di Alaska.

Allah berfirman juga dalam surah Ar Ruum ayat 21 ; 

Dan di antara tanda - tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya , bahawa Ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) , isteri - isteri dari jenis kamu sendiri , supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya , dan dijadikanNya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang - orang yang berfikir.

To be concluded , Adam , please take good care of your Hawa. Sometimes it could be Adam is the men and Hawa is the women. But sometimes Adam is to be said as the leaders while Hawa is the followers. It depends on how you define Adam and Hawa. But my writing said that Adam is the husbands and Hawa is the wives. Even though I never go through the experience as a wife but I know what are the wife's responsibilities towards her husband. Islam had taught me everything. Islam is wonderful right ?



p/s : Tiba tiba jari jemari berminat nak bercerita tentang hal Adam dan Hawa. Tak tahu kenapa.

Friday, March 16, 2012

Surah Pilihan : Perlindungan Allah S.W.T

















Bismilahirrahmanirrahim ,
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh :')

Alhamdulillah , kepenatan berbaloi apabila setiap apa apa yang kita lakukan seperti diberkati , dirahmati , dipersetujui , disukai oleh Allah s.w.t yakni buah hati dan jantung hati kita. Sudah lama tak tup tap depan lappy. Facebook pun jarang sangat buka. Hanya bagi pekerjaan yang penting penting sahaja. Dan semalam , Allah seperti menarik perhatian Tina untuk membaca dan memahami satu surah pendek. Satu surah yang ditujukan buat kita , wahai manusia. Satu surah yang sering kita bacakan ketika solat , ketika bertemu denganNya. Satu surah yang tajuknya biasa biasa tetapi maknanya amat mendalam :')

Cer teka cer teka ?

Itulah suratunNas.

Surah Manusia.

Dari Aisyah r.a ,
Bukhari telah meriwayatkan bahawa Nabi saw apabila naik 
ketempat tidur setiap malam , baginda menghimpunkan dua tapak tangannya lalu meniupkan seraya membaca : Qulhuwallahu Ahad , Qul A'uzu birabbil falaq dan 
Qul A’uzu birabbinnaas kemudian mengusapkan ke seluruh badannya mulai dari kepalanya lalu muka dan seluruh bahagian badan depan sebanyak tiga kali.


Apakah maknanya itu ? Maknanya , tiga surah itu dapat menghalang kita daripada syaitan. Surah surah itu juga adalah untuk mengusir syaitan. Syaitan yang tak pernah jemu membisikkan kata kata kejahatan. Membisikkan kata kata negatif agar kita kufur kepada Allah. Agar kita lalai kepada Allah. Namun begitu , andai kita melakukan dosa , silaplah kita kerana kita sebenarnya telah terpengaruh , telah mendengar bisikan syaitan itu. So , ada apa apa tips ? Pasti ada. Antara tiga surah yang di baca Rasulullah sebelum tidur , Tina berkenan sangat dengan Surah an Nas. Bukan surah lain Tina tak suka , cuma hari ini kita fahami surah ini :')

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah , " Aku berlindung kepada Tuhannya manusia , "

Raja manusia ,

Sembahan manusia ,

dari kejahatan ( bisikan ) syaitan yang bersembunyi ,

yang membisikkan ( kejahatan ) ke dalam dada manusia ,

dari ( golongan ) jin dan manusia .

( Surah an - Nas ; ayat 1 - 6 )


Mendalam kan makna di sebalik ayat ayat dalam Bahasa Arab yang kita selalu baca ni ? Andai sesiapa yang mempelajari Bahasa Arab dan fasih bertutur dalam Bahasa Arab , alhamdulillah , Allah telah memberi kelebihan buat kita bangsa bukan Arab untuk bertutur dalam bahasa tersebut. Namun begitu , buat rakan rakan yang tidak memahami langsung dan tidak pernah mempelajari Bahasa Arab ini bagaimana ? Jadikanlah tafsir al Qur'an itu teman baik kita. Senang untuk kita merujuk makna disebalik ayat ayat al Qur'an itu.

Berbalik kepada surah Manusia ini , what's actually the key point ? Yang mana ? Perasan tak setiap ayat dalam surah ini sebenanrnya adalah key point. Ayat pertama surah an Nas ini menyarankan kita berkata , Aku berlindung kepada Tuhannya manusia " , dan ayat ini seperti doa buat kita. Doa kepada siapa ? Kepada siapakah doa ini harus kita tujukan ? Yakni Allah S.W.T iaitu raja kita merujuk kepada ayat ke dua surah an Nas. Raja di sini bukan lah seperti Queen Elizabeth mahupun sultan sultan yang menjadi lambang raja negara kita. Tetapi disini adalah raja yang menciptakan kita. Nah , bertapa agungnya Allah S.W.T. Oleh kerana Dia merupakan pencipta yang agung , kita sembahNya. Kita tunduk dan sujud kepadaNya. Dan hal ini Allah telah nyatakan dalam surah an Nas ayat tiga. Allah lah yang kita sembah ; tiada lain melainkanNya. 

 

Berbalik kepada ayat pertama surah an Nas , Katakanlah , " Aku berlindung kepada Tuhannya manusia , ". Jika kita perhatikan ayat ini , kenapa Allah menyuruh kita berdoa meminta perlindungan daripadaNya ? Maka hadirlah ayat ke 4 iaitu kerana Allah mahu kita lari daripada bisikan syaitan yang direjam. Syaitan yang tidak pernah kenal erti letih dan penat malah bisikan syaitan ini sangat sangatlah tersembunyi. Tersembunyi ? Ya , tersembunyi kerana syaitan membisikkan kata kata kejahatan itu di dalam dada kita iaitu di dalam hati nurani kita seperti yang Allah telah firmankan dalam ayat 5 dalam surah an Nas. Tanpa kita sedar. Namun andai iman yang menakluk hati suci kita , kita seperti mendengar bisikan bisikan itu. Kadang kadang sangat jelas. Oleh itu bacalah surah ini. Usirlah syaitan daripada diri kita agar kita dapat beribadah dengan tenang. 

Seterusnya , Allah telah mengingatkan kita dalam ayat yang terakhir surah an Nas bahawa yang melakukan bisikan ke dalam dada manusia tidak hanya dari golongan jin , bahkan dalam kalangan manusia pun boleh berperanan sebagai syaitan. Iaitu manusia yang menzalimi manusia lain , pengumpat dan pemfitnah yang tidak pernah kenyang untuk memamah daging saudara mereka sendiri serta mereka yang tenggelam dalam nafsu. Maka janganlah kita menjadi golongan seperti yang dinyatakan Allah dalam ayat terakhir itu. 

Semoga kita senantiasa dirahmati Allah S.W.T :')

p/s : Hidup ini ada pasang dan surut. Sekejap sihat sekejap sakit. Allah saja nak bagi nikmat sakit kepada Tina. Doakan Tina cepat sembuh :')

Sunday, March 11, 2012

Warkah Cinta : Mencari yang halal itu impian




Assalamualaikum saudara ajnabi ,

Hari ini alhamdulillah Allah masih memberikan saya peluang untuk bernafas agar saya dapat membantu rakan rakan. Walaupun diri ini tidaklah sesempurna mana , tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi peringatan , berdakwah , berjihad di jalan buah hati saya iaitu Allah SWT. Dan awak. Ya awak. Salam ukhwah dan perkenalan daripada saya. Awak lelaki ajnabi. Ada yang saya kenal dan ada yang saya tidak kenal. Tetapi panggilannya tetap sama. Lelaki ajnabi. Lelaki asing. Lelaki asing yang dalam kalangan mereka bakal menjadikan saya sebagai bidadarinya di dunia. Lelaki asing yang dalam kalangan mereka bakal mendoakan saya menjadi bidadari mereka di syurga kelak. Amiin.

Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia. Saya juga begitu awak. Saya juga mahu mencintai dan dicintai. Saya juga mahu melayari bahtera cinta yang diagung agungkan itu. Saya juga mahu merasakan bertapa hebatnya kuasa cinta yang dikatakan teman teman sehingga dapat memusnahkan batu hanya dengan renungan mata pasangan yang bercinta. Saya juga mahu itu semua. Tetapi semuanya ada syarat. Cinta pasti bersyarat. Jangan percaya akan cinta yang tidak bersyarat. Saya tahu awak pasti tahu. Tahu yang nikah itu syaratnya.

Mungkin ada yang tertanya. Mungkin awak juga mahu bertanya. Bagaimana nak hidup kalau tidak bercinta dan bercinta hanya selepas syarat nikah tertunai ? Tidak rasa keseorangankah ? Tidak rasa kolotkah ? Fitrah manusia untuk berkata demikian. Hidup mereka dan mungkin juga hidup awak diselubungi cinta kepada lelaki / perempuan ajnabi. Cinta yang berlandaskan nafsu. I love you. You love me. Berdakapan. Berciuman. Itukah kepuasan cinta yang dicari ? Jangan risau. Saya juga sedang merasai kepuasan cinta walaupun hidup tidak bercinta sama lelaki ajnabi. Tetapi saya tetap puas. Puas kerana dicintai buah hati yang senantiasa memakbulkan permintaan saya. Puas kerana dicintai buah hati yang sering memaafkan saya pabila saya meminta ampun atas kesalahan saya. Puas kerana dicintai buah hati yang senantiasa tidak jemu menurunkan rahmatNya kepada saya. Saya mahu sangat tahu , adakah awak punya buah hati seperti Dia ? Adakah awak sudah meletakkan Dia sebagai buah hati awak yang pertama ? Awak kenal Dia ? Ya , Dialah Allah SWT. Pencipta kita awak.

"Dan Dialah (Allah) yang Maha Kuasa di atas hamba-hamba-Nya". 

( Surah Al-An'am ; ayat 18 )

Tidak ketinggalan , saya juga dicintai sepasang merpati dua sejoli yang begitu banyak berkorban demi kebahagiaan dan masa depan saya. Mereka sanggup mengetepikan masa depan mereka demi saya. Jasa mereka terlalu besar awak. Tidak terbalas oleh saya jasa mereka itu. Rindu saya kepada mereka tidak pernah putus dan begitu juga mereka. Kasih dan sayang saya ibarat air yang mengalir tiada hentinya dan seperti seluas lautan kerana tidak terhitung banyaknya. Saya tidak tahu adakah awak dapat mencintai saya seperti mereka mencintai saya. Dan sudahkah awak menjadikan raja dan permaisuri awak pula sebagai permata di dalam hati awak ? Bonda dan ayahanda saya pasti tidak akan menyerahkan saya kepada lelaki yang tidak mengasihi ibu bapa mereka kerana di situlah letaknya bukti kasih dan cinta awak kepada saya kelak andai saya menjadi yang halal buat awak.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

( Syrah Luqman ; ayat 14 )

Saya tahu saya juga tidak sempurna untuk mencari yang sempurna. Namun begitu saya tidaklah mencari yang sempurna. Cukuplah saya tahu si dia boleh membimbing saya ke jalanNya. Kalau awak hensem mahupun terkenal di Facebook mahupun Twitter, saya minta maaf bukan itu yang saya cari awak. Saya ingin seseorang yang menjanjikan bahagia di dunia dan di akhirat. Seseorang yang kenal erti Islam. Seseorang yang mahu mengajak saya lebih lebih mencintai Allah SWT iaitu buah hati kita. Kerana saya yang masih tidak sempurnalah , kerana itu saya mahu lelaki yang halal nanti dapat mengajak saya mencari kesempurnaan di mata Tuhan yang satu , Allah. Kerana saya yang jahil inilah , kerana itu saya mahu lelaki yang halal ini dapat membentuk saya keluar daripada kejahilan itu. Itulah impian saya. Mengimpikan seseorang yang dapat mencintai saya kerana Allah. 

Saya cuba untuk jadi yang terbaik untuk si dia yang halal.

Saya redha dengan apa apa yang Allah dah tetapkan untuk saya.

Saya faham Allah juga telah berfirman ;

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 

( Surah an-Nur' ; ayat 26 )

Saya bukanlah sangat baik. Saya sedar. Banyak sungguh kekurangan diri. Saya tahu tinggi sungguh harapan untuk memiliki seorang suami soleh yang dapat membimbing diri ini tetapi sebagai manusia biasa , untuk mempunyai azam dan impian sebegitu tidak salah bukan ? Kebiasaannya kalau kita mempunyai sesuatu azam dan impian yang meninggi pasti kita akan berusaha untuk mengejar impian dan azam itu bukan ? Begitu juga saya. Akan cuba memperbaiki diri dari hari ke hari agar saya dapat mengecapi impian itu :)

Saya tahu andai awak yang dicari , awak pasti tidak pernah lupa janji Allah iaitu ;

Wahai hamba-hambaku ! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. ( Mereka itu ialah ) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami , serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh. ( Mereka diberi sebaik baik balasan dengan dikatakan kepada mereka ): “ Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan ” 

( Surah al-Dzukhruf ; 68 - 70 )

Pasti kita berjumpa di syurga kelak. Amiin.

----------------------------------------------------

p/s : Minggu pertama pembelajaran semester baru sememangnya mendekatkan diri ini ke arah zon bosan.

p/s 2 : Marilah kita bercinta sampai ke Syurga :')

Sunday, March 4, 2012

Mahu syurga maka takutlah akan maut


Bismillahirramnirrahim ,
Salam.

Dah lama save gambar ni dan terfikir untuk berkongsi dengan kawan kawan. Inilah Sirat kita. Jalan kita nanti kerana jalan sebenar atau hidup yang sebenar bermula apabila seseorang manusia itu mati. Mati ? Apa itu mati ? Mati adalah pabila roh dalam jasad manusia tidak lagi bersama jasadnya. Roh tidak akan binasa. Jom kita cuba selami semula proses kejadian manusia. Bermula daripada janin bayi di dalam perut sang ibu. Apabila janin yang ada dalam perut ibu itu sempurna kejadiannya, Allah meniupkan padanya roh, lalu hiduplah manusia (janin) tadi. Ia membesar dan akan dicabut daripada tubuh manusia oleh malaikat maut apabila tiba masanya untuk diserahkan kepada Allah. Itulah mati ; iaitu pabila roh dicabut oleh Malaikat Izrail daripada jasad / tubuh manusia.

Pernah dengar tentang kain sutera yang wangi di bawa oleh Malaikat Maut ? Untuk siapa ? Untuk apa ? Ia adalah milik seseorang yang beriman. Apabila seseorang yang beriman itu tiba ajalnya, maka dia akan didatangi oleh malaikat, yang datang dengan sekeping kain sutera yang ada padanya kesturi, anbar dan harum-haruman. Maka keluarlah rohnya ( seseorang yang beriman itu ) seumpama tercabutnya sehelai rambut daripada tepung adunan. Diucapkan padanya ;

 ' Wahai jiwa yang tenang , keluarlah dalam keadaan reda dan diredai ke atasmu , engkau akan memperoleh kegembiraan daripada Allah dan kemuliaanNya.'

Maka apabila keluar rohnya , ia diletakkan di atas kasturi dan raihan kemudian kain tadi dilipat lalu dibawa dengannya ke illiyiin. Dulu kalau ditanya tentang  illiyiin , tina tertanya tanya ' Apa tu  illiyiin ? Tak ada idea langsung tentang  illiyiin , ' Tetapi Allah dah terangkan dalam surah al - Mutaffifin ayat 18 - 20 yang bermaksud ;

Sekali-kali tidak, sesungguhnya catatan (amal) orang yang baik-baik itu di Iliyyin. 
Tahukah kamu apakah Iliyyin itu? 
( Ia adalah ) kitab yang berisi catatan ( amal ).


Setelah itu roh berada di alam barzakh, iaitu alam yang memisahkan antara hidup dunia (fana) dengan kehidupan akhirat kelak. Seriusly , setiap kali orang ( sesiapa sahaja ) berbicara mengenai MATI dan ALAM BARZAKH , pasti hati bergetar ; perasaan takut menjelma. Sama juga seperti perasaan apabila melalui kawasan perkuburan ataupun menziarah kubur saudara mara. Perasaan takut dan jiwa bergetar itu kembali. Terdetik bahawa kita juga akan merasai mati. Terdetik bahawa kita juga akan berada di dalam kubur , diziarahi saudara mara , dibacakan tahlil. Terdetik bahawa Malaikat Maut sedang melihat kita , memerhatikan tindak tanduk kita. Terdetik bahawa ' Adakah maut telah menghampiriku ? ' 

Alam Barzakh. Kita semua tahu , sesetengah ulama pun ada mengemukakan tentang mayat akan merasai nikmat atau azab di dalam kubur , iaitu azab yang dikenakan atau dirasai oleh roh dan jasad sekali. Dan apabila roh seseorang itu telah berpisah daripada jasad atau berada di alam barzakh, ia akan dipersembahkan oleh malaikat maut kepada Allah, dibalas dengan nikmat syurga atau neraka, bergantung kepada amalan-amalan yang telah dilakukan ketika hidup di dunia. Maka yang mana kita mahu ? Nikmat atau azab kubur ? Sudah semestinya nikmat syurga di dalam kubur. Tak perlu tanya kan ? :)

Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sukar (sempit) dan Kami akan menghidupkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.

( Surah Taha ; ayat 124 )

Yang ni yang kita taknak kan ? Oleh kerana itu , kenapa susah untuk kita berbuat kebaikan ? Oleh kerana itu , kenapa susah untuk mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya ? Kenapa susah ? Kalau sebelum ni , semua orang cakap ' Tepuk dada , tanya selera ' @ ' Tepuk dada , tanya iman ' tapi tina nak ubah sikit. Iaitu ' Tepuk dada , tanya nak syurga ke neraka ' :)

Maka mahu syurga ? Buat lah sesuatu perkara yang boleh mendatangkan nikmat maut dan nikmat di dalam kubur nanti. Insya'Allah :)


p/s : Hidup ini sekali sahaja. Sayang akan parents kita ; jaga dan hormat mereka , berbuat baik dengan orang , sedekah kepada yang fakir atau yang memerlukan , tuntut dan sebarkan ilmu di jalan Allah itu tidak susah. Kita yang membuatnya susah. Fikirlah :)

p/s : Dah sampai UiTM. Homesick dah -.-' 

Thursday, March 1, 2012

Solat Jemaah Tutup Dosa Sepanjang Hari

Bismilahirrahmanirrahim , 
Salam























Pertama sekali , jangan tertipu. Statement di atas bukanlah menghalalkan perlakuan dosa sepanjang hari dengan hanya melakukan solat berjemaah. Itu hanyalah simbolik. Satu sindiran kepada Muslim yang hanyalah di atas nama Muslim. Muslim yang tidak kenal erti Islam. Muslim yang hanya kejar ilmu dunia tanpa ilmu akhirat. Muslim yang tidak mengamalkan hidup sebagai hambaNya. Muslim yang munafik. Muslim yang tidak bercita cita menjadi Mukmin sejati. Ya , manusia berubah mengikut perubahan masa. Tapi pabila dah tua baru nak bertaubat ke ? Kalau tak sempat ? Kalau sapaan Izrail lebih awal daripada jangkaan kita ? Bagaimana ? 

Actually dulu ada sepupu yang agak ' berat ' nak melaksanakan solat 5 waktu. Cuba faham juga lah atas alasan dia masih awal remaja ( walaupun usia ketika itu sudah menjengah usia pelajar sekolah menengah ). Tetapi bagi menitipkan keinsafan dalam dirinya , takkan Tina hanya mampu berdiam diri kan ? Takkan nak marah melulu juga ? Tina memberi idea agar setiap kali masuk waktu solat Maghrib , ramai ramai ( semua sepupu ) melakukan solat berjemaah. Solat sama sama berimamkan sepupu Tina yang merupakan pelajar Tahfiz. Sebenarnya , Tina mahu menjelmakan perasaan suka dan seronok untuk solat. Untuk berhadapan dengan buah dan jantung hati kita. Tapi selepas itu , konklusi yang sepupu seorang ini dapat hanyalah , " Tak solat Subuh , Zohor , Asar dan Isya' pun tak apa sebab dah cover solat jemaah Maghrib. " Tina terdiam.

Pelik. Kelakar pun ada. Bukan dia sahaja yang punya konklusi begitu. Ramai lagi. Sebagai contoh , seseorang yang berhijab tidak melakukan solat fardhu 5 waktu hanya kerana berfikiran dengan berhijab dia dapat menutup sisipan dosa yang lain. Atau aurat ditonjolkan , terdedah sana sini tetapi dia mengaku dia Muslim kerana melaksanakan solat fardhu 5 waktu ; DAN yang ini merupakan akuan ramai. Tidak terkecuali lelaki mahupun perempuan , tua ataupun muda. Sebenarnya apa yang mereka fikirkan ? Keseronokan mempersendakan perintah Allah ? Atau amalan sudah cukup untuk berhadapan dengan neraca Allah di akhirat kelak ?



















Ramai orang sering menyangka dirinya betul. Hanya muhasabah diri sahaja dapat menembusi keegoaan ini. Sedangkan Firaun sendiri menyangka dirinya benar. Konon Nabi Musa a.s yang membawa kepada kerosakan dan tidak benar.

Dan berkata Fir'aun ( kepada pembesar-pembesarnya ): " Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya , karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan di muka bumi." 

( Al-Mukmin ; ayat 26 )


Walau bagaimanapun , hidayah itu milik Allah. Selagi seseorang itu belum meninggal dunia ; sirna hidayah senantiasa bersama samanya. Cuma pemberian hidayah bergantung kepada pemilikNya iaitu Allah. Namun begitu , jangan terlalu yakin bagi yang mengaku dia itu baik. Subhanallah , bagaimana mungkin seseorang insan itu boleh selesa dengan apa yang ada pada dirinya sedangkan tidak ada jaminan bahawa pengakhiran mereka seperti itu. Walaupun dirinya sudah diberikan hidayah , kekalkan. Yang masih merasa dirinya tersimpang jauh daripada jalan Allah , berusahalah! Ya , memang  benar hidayah itu milik Allah tetapi kita perlu tahu yang hidayah itu milik Allah yang perlu dicari. 

Renung renungkanlah al-fatihah yang sering dibaca dalam solat fardu , bukankah tidak jemu kita meminta supaya Allah s.w.t menunjukkan jalanNya yang lurus. Bukankah jalan-jalan orang yang Allah Taala berikan nikmat itu adalah jalan kita. Jalan-jalan mereka yang sesat itu bukan jalan pilihan. Tunjukkanlah mereka ( golongan yang masih tidak mendapat hidayah Allah ) jalan yang benar. Don't be selfish. Bukan kita sahaja yang mahu masuk syurga Allah. Maha suci Allah yang telah memberikan hidayah.

p/s : Pabila lembaran hidayah sudah dibuka dan dibicarakan , memang tidak akan pernah habis. Cuma , maaf dipinta andai pada permulaannya agak emosi :)
p/s 2 : Semoga Mac membawa lembaran yang baik. Nak start semester baharu dah ni
-___-' 
Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com