Wednesday, July 25, 2012

Tips Ramadhan : Doalah Sebelum Berbuka Puasa


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Tahukah anda bahawa sesungguhnya doa anak Adam yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab , insya Allah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yakni Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ;

" Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka ; Orang yang berpuasa di saat berbuka , imam yang adil dan orang yang dizalimi. "

( Hadis Riwayat At Tarmidzi )

Tuesday, July 24, 2012

Tazkirah Ramadhan 1 : Taqwa & Ramadhan


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Puasa tak ? Jika ya , alhamdulillah. Anda masih ada iman. Anda masih punya rasa percaya kepada Allah SWT , Muhammad SAW dan bulan Ramadhan itu sendiri. Andai ada iman , andai kita beriman barulah kita boleh melaksanakan amal soleh seterusnya dikategorikan sebagai hambaNya yang bertaqwa. Kalau kita tidak melakukan amal soleh , tidak beriman , bagaimana nak menjadi hambaNya yang bertaqwa ? Kan ? Kan ?

Semestinya taqwa amat rapat dengan Ramadhan. Ramai muslimin & muslimat yang sebelum ini tidak bertaqwa pada 11 bulan yang lain tetapi pada bulan Ramadhan , mereka bertaqwa. Kerana apa ? Kerana kelebihan Ramadhan. Banyak sangat kelebihan Ramadhan yang menarik minat umat Islam untuk menggandakan ibadah mereka pada bulan rahmat ini. Namun begitu , senang untuk mencari taqwa tapi susah untuk istiqamah. Maksudnya , andai kita sudah mendapat taqwa itu tetapi masuk sahaja Syawal , kita lupakan semua amal yang kita lakukan pada bulan Ramadhan. Kita tidak beristiqamah. Kita macam main main. Kita beramal sekejap je. Hilang Ramadhan , hilanglah amal , hilanglah taqwa. Begitukah ?

" Lalu Kami utuskan kepada mereka , seorang rasul dari kalangan mereka sendiri (yang berkata) : " Sembahlah Allah oleh kamu sekalian , sekali kali tidak ada Ilah selain daripadaNya. Maka mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya) ? "

( Surah al Mukminun 23 : 32 )

Namun begitu , sesetengah umat Islam mendapati yang taqwa itu susah dibentuk , sukar dicari. Bagaimana nak bentuk & cari kalau tidak diiringi dengan usaha yang ikhlas , ye dak ? Thus , increase your effort to get the taqwa. Macam mana pula tak tambah usaha ? Nak buat apa ? Jangan risau , perkara ini dah biasa dengar tapi kita boleh recall balik okey ? 


Ikut perintah Allah
Taqwa adalah dimana kita ikut perintah Allah & menjauhi larangannya. Kalau solat fardhu & sunaat dapat pahala , maka kita buatlah. Tetapi andai mencaci , memaki , mengutuk dapat dosa , maka apa lagi kita tinggalkan perkara tersebut. Lagi lagi pada bulan Ramadhan ini. Lagilah lebih barakah. Apa ganjarannya kalau kita ikut perintah Allah dan bertaqwa tidak kira bulan Ramadhan atau pada bulan bulan yang lain ? Allah SWT telah berfirman yang bermaksud ,

" Kemudian Kami selamatkan orang orang yang bertaqwa , dan Kami akan biarkan orang orang yang zalim tinggal berlutut di dalam neraka itu."

( Surah Maryam 19 : 72 )

So , nak ikut perintah Allah ke tak ? :)


Redha dengan ketentuanNya
Taqwa juga adalah dimana kita redha dengan ketentuan Allah SWT. Kalau Allah beri kita rezeki berbuka puasa dengan nasi dan lauk telur dadar sahaja , maka kita redha. Jangan pula kita marah ibu ayah yang tidak menyediakan juadah berbuka puasa yang lebih mewah. Makruh kita memewahkan juadah berbuka kita. Seperti ibadah puasa tidak memberi makna apa apa kepada kita. Ye la , salah satu tujuan Ramadhan adalah untuk menjadikan kita hambaNya yang bersyukur dalam mengenangkan nasib brothers & sisters kita yang tidak berkemampuan untuk makan & minum dengan sempurna. Disamping itu , mencari redha Allah juga penting , maka bertaqwalah !

p/s : Tahniah buat anda yang dah berpuasa selama 4 hari :')

Friday, July 20, 2012

Peringatan Buat Diriku Yang Mudah Lupa #6 : Ramadhan dah tiba !





Kejarlah pahala Ramadhan !

Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud ;

" Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkannya dosa-dosanya yang lalu. "

(Hadis al Bukhari)

p/s : Sesiapa yang masih berangan-angan, bangunlah dari angan-anganmu. Kita sudah tiba pada bulan sejuta kerahmatan. Kejarlah dengan sejuta ibadah , insya Allah !


Tuesday, July 17, 2012

Surah Pilihan : Manusia Yang Rugi



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Demi masa.

Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.

Yang berpesan pesan kepada KEBENARAN.

Dan yang berpesan pesan dengan KESABARAN.


Pernah dengar lagu kumpulan Raihan , DEMI MASA ? Terngiang ngiang lagu itu dekat telinga. Bertapa merdu , sayu & bermaknanya lagu tersebut. Bertapa kita senantiasa berada dalam kerugian. Seperti yang telah difirmankan Allah SWT dalam suratul asr , di atas. Rugi dari segi apa ? Rugi dalam beribadah. Rugi dalam mencari redha Allah. Rugi dari segala sudut. Segalanya kerana masa yang kita biarkan berlalu. Agak agak apa yang telah kita lakukan untuk mendapat keredhaan Allah hari ini ? Takutkan kalau masa berlalu tanpa pekerjaan yang mendapat redha Allah. Takut sangat !

Ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit & hidup sebelum mati. Yang terakhir itu paling pasti. MATI. Bila bila masa boleh maka sudah cukupkah amalan kita selama kita bernafas. 20 tahun kadang kala seperti lama sahaja untuk mengumpul pahala & keredhaannya tetapi rupanya singkat untuk melakukan itu semua. Redha Allah ada dimana mana. Kutip sampah dapat pahala , tolong kawan dapat pahala malah tengok al Quran dengan rasa kasih sayang pun dapat pahala. Tak nak ke ? 



Masa. Seperti sudah hilang keberkatannya. Kalau dahulu , banyak perkara boleh dilaksanakan dalam satu hari. Kalau perasanlah. Kita boleh buat macam macam. Kita punya cukup masa untuk buat itu , untuk buat ini. Dengan suka hatinya kita segala perancangan dapat dilaksanakan dalam masa satu hari. Tetapi mana perginya masa yang 'cukup' itu sekarang ? Kenapa masa sudah dirasai seperti singkat. Kadang kala tidak cukup masa untuk melakukan sesuatu perancangan. Itulah tandanya kiamat makin hampir. 

Takut ?

Risau ?

Gunalah masa dengan sebaiknya :)

p/s : Masa lah perkara yang hampir dengan kita tapi pada hakikatnya , ia jauh. Mati , nampak jauh tapi pada hakikatnya , ia sangat hampir. 

Monday, July 16, 2012

Dah ready untuk Ramadhan ?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Ku mengharapkan Ramadhan ,
Kali ini penuh makna ,
Agar dapat ku lalui ,
Dengan sempurna...

Setahun dah berlalu. Terasa seperti baru beberapa hari. Teringat kembali kaki ini melangkah ke masjid bagi solat terawih. Berjemaah bersama sama seisi kampung. Terasa lagi indahnya beriftar bersama sama famili , rakan rakan dan semua sanak saudara. Terasa ukhwah disitu. Sungguh , rasa macam baru sekejap perkara itu ditinggalkan. Ingatkan diri ini tidak sempat untuk merasai Ramadhan tahun ini tapi insya Allah , Allah akan memberi nikmat Ramadhan dirasai saya dan anda semua. Mesti tak sabar kan ?

Pernah dengar hadis yang menyatakan diam orang berpuasa merupakan tasbih , tidurnya merupakan ibadah dan doanya mustajab ? Lihat bertapa besarnya pahala orang yang berpuasa. Tetapi kalau kita tak ready for the Ramadhan , macam mana kita nak beribadah dengan yakin kerana Allah SWT ? Thus , it is a need to practice before we do something. Practice makes perfect right ? Memanglah kita dah besar , kalau saya mungkin daripada 20 tahun umur saya , at least 15 tahun dah saya merasai keadaan Ramadhan. Tapi apa jaminan kita yang kita sudah bersedia sepenuhnya kalau tanpa persediaan rapi ?

Manusia. Sebagai contoh , saya selalu dah kena present & berjumpa dengan ramai orang. Sebagai mahasiswa , kita diajar untuk bijak berkomunikasi lebih lebih lagi course saya menuntut saya untuk petah berkata kata. Tetapi walaupun dah selalu kena buat presentation , dari saya sekolah lagi dah kena present kat depan ; we still need a practice right ? At least once before we want to present something. Am I right ? Sama juga dengan persediaan untuk Ramadhan. Kita masih memerlukan latihan yang cukup agar kita dapat melakukan yang terbaik bagi Ramadhan tahun ini.

Gambaran dibawah ini mungkin sudah tersebar luas. Suka tengok. Bijak sungguh sesiapa yang mencorakkannya. Sangat comel ! Terima kasih sahabat. Well , comel comel juga tapi apa kata kita ambil 10 perkara ini sebagai amalan kita sebelum Ramadhan tiba. Dah dekat sangat dah ni. Ramadhan ibarat dah tersenyum untuk kita umat Islam sekalian. Tersenyum tidak sabar membuka lembaran sejuta pahalanya. Tersenyum mengingatkan seluruh umat Islam bakal menerima nikmat yang tidak terhingga daripadanya , sang Ramadhan :)



Selangkah demi selangkah ,
Dengan rahmatMu oh Tuhanku ,
Ku tempuh juga...

p/s : Hari ini hari Isnin. Siapa puasa angkat tangan ? Semoga Allah merahmati anda semua , sisters & brothers. Love from me to all of you. Lets get ready for the best month of the year ! Ramadhan !

Saturday, July 14, 2012

Purdah dan Niqab , satu fesyen ?



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Indahnya wanita berpurdah. Inilah impian saya sejak dahulu. Melihat wanita berpurdah mendorong saya untuk melakukan perkara yang sama tetapi diri sendiri perlu diperbaiki sepenuhnya terlebih dahulu barulah purdah , niqab menjadi pilihan saya. Sesungguhnya berpurdah , berniqab bukanlah perkara yang main main. Mungkin saya yang bukan niqabis kurang sesuai untuk membicarakan hal ini namun , insya Allah saya cuma mahu menyediakan input input saya agar kita semua mendapat keredhaan daripadaNya. Redha Allah itu kan penting :)

Niat
Ya , apa apa pekerjaan yang kita lakukan perlulah diiringi niat yang baik. Sebelum kita berniqab , berpurdah , cuba kita tanya diri kita ; apa niat kita ? Adakah kita hendak mendekatkan diri kepada Allah ? Atau adakah kita mahu kelihatan 'mahal' ? Adakah kita mahu kelihatan lebih menarik , cantik & lebih bergaya ? Atau adakah kita mahu menyorokkan kelemahan yang ada ? Adakah kita mahu mengelak daripada menjadi bahan fitnah ? Atau adakah kita terpengaruh dengan jiwa fesyen ? Ini yang kita tak mahu. Niat yang salah didorongkan walaupun perkara yang kita lakukan itu sangatlah baik. Perlu diingat bahawa niat yang tidak baik membuatkan kita tidak mendapat pahala untuk perkara baik yang kita lakukan. Tak rasa rugi ke muslimah sekalian ?

Tuntutan
Tidak dinafikan seorang wanita berpurdah sangatlah menarik perhatian saya. Saya kadang kala malu. Malu kerana merasakan mereka yang berpurdah bagi saya seperti telah meng'upgrade'kan diri mereka. Sudah semestinya perkara asas seperti menutup aurat dengan sempurna sudah dicapai maka berpurdah pula dijadikan pilihan mereka untuk menunjukkan tanda kasih & sayang kepada kekasih kita , Allah SWT. Tetapi tidak kurang juga rasa malu saya kerana terdapat segelintir yang seperti tidak menghormati makna purdah dan niqab itu sendiri. Berpurdah & berniqab tetapi masih tidak memakai pakaian yang dituntut syariat. Yang menutup aurat dengan sempurna. Sedih. Tak malukah anda , berpurdah tetapi masih terdedah sana sini ?

Saya hanyalah seorang manusia biasa. Apa yang saya sangat suka ? Saya suka untuk memerhati. Memerhati gelagat manusia tetapi tidak pernah mengecilkan skop pemerhatian saya. Its general. Saya tahu majoriti wanita berpurdah punya alasan yang kukuh untuk berpurdah. Sisters , I am proud of you. You chose what's the best for you. Anda memilih untuk berpurdah tanda anda cinta , kasih & sayang kepada Allah. Dan itulah juga cita cita saya. Dengan menutupi sebahagian muka dengan selapis kain. Subhanallah !

p/s : Cuti semester sudah bermula. Terima kasih atas doa kalian. Exam , alhamdulillah , berlalu dengan cemerlang. Semoga keputusannya juga cemerlang , insya Allah !

Monday, July 9, 2012

Peringatan Buat Diriku Yang Mudah Lupa #5






Kiamat itu sudah HAMPIR !

" Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya , sedang mereka dalam kelalaian , tidak dihiraukan persediaan baginya. "

( Surah al Anbiya' 21 : 1 )

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com