Saturday, June 23, 2012

Tips Masuk Syurga




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

                                     Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Jannah. Na'wa. Firdaus. Khuldi. Na'im. Semuanya adalah syurga. Impian terbesar kita. Seberapa banyak pun impian kita di dunia , deep inside our heart pasti terselit , " Aku mahu syurga ! " ; " Aku nak masuk syurga ! " ; " I wanna be in heaven ! ". Bukan sahaja muslimin & muslimat sahaja yang mahukan syurga ciptaan Allah malah golongan bukan Islam juga mahukan syurga. Tanya semua insan , semua pabila mati mesti menginginkan syurga. Mahukan syurga. Bodohlah kalau dia hidup hanya saja saja. Tidak mahukan syurga. Namun begitu , terfikir. Apakah itu syurga ? 

Kalau perasan , kita senantiasa sudah maklum dengan apa itu syurga. Kerna jika kita mendapat sesuatu yang menggembirakan mahupun yang membuat kita senang hati , pasti mulut kita mengatakan , " Macam syurga ! " ; " Aku dapat syurga ! " ; " Rumahku Syurgaku ! " ; " Yes , it's heaven ! " ; " Awesome like heaven ! " and etc. See , kat dunia pun kita dapat rasa tempias syurga. Tu baru sedikit. Ibarat apa yang kita dapat itu setitis air & syurga sebenar seperti luas terbentangnya lautan.

Bagi saya , apa apa amalan kita yang membawa ke arah kebaikan ; semuanya amalan yang membawa kita ke syurga. Bukan sahaja tertumpu kepada sesuatu amalan. Namun begitu , amalan sahaja tidak cukup ; niat juga mestilah selari dengan amalan yang dilakukan oleh kita. Walaupun rukun Islam sudah lengkap kita laksanakan namun andai niat berlandaskan syaitan & nafsu semata mata ; lupakan syurga. Allah tak suka hambaNya yang hipokrit.



Tiga tips daripada saya buat diri sendiri & anda semua. Tiga perkara yang kini dipraktikkan selain daripada rukun wajib yang diwajibkan kepada kita semua. Tiga perkara yang pasti besar pahalanya walaupun perlaksanaannya amat senang. Tidak susah. Cuma hati yang banyak memainkan peranan. Nak buat atau tak. Nak pahala atau tak. Nak syurga atau tak. Tepuk dada tanya selera iman masing masing. :')

Kenapa tiga ? Ntah. Saya suka nombor tiga. Mungkin kerana saya ada tiga adik beradik. Tiga tiga gadis tiada jejaka. Tiga perempuan & TIGA lagi. Apakah tiga tips itu ?


Jaga hubungan dengan Allah
Banyak cara boleh kita praktikkan bagi menjaga hubungan kita dengan kekasih kita yakni Allah SWT. Antaranya ialah senantiasa bertaubat ( tidak kira bertaubat sebagai hambaNya mahupun taubat kerana dosa yang dilakukan ). Selain itu , senantiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanNya. Kita haruslah sedar bahawa nikmat Allah tidak pernah putus sedikit pun. Maka perlulah kita bersyukur dengan nikmatNya sebagai tanda terima kasih. Kalau kita dapat hadiah daripada ayah ibu , kita ucap " Terima kasih " kan ? Apa salahnya kita ucap " Alhamdulillah ! " kepada Allah SWT yang telah menghadiahkan nikmat kepada kita.

" Dan andai kamu menghitung nikmat Allah , nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya ."

( Surah Ibrahim 14 : 34 ) 


Jaga hubungan dengan Manusia
Secara amnya , makna manusia disini cukup luas. Manusia termasuklah ibu bapa , adik beradik , saudara mara , guru guru , rakan rakan , dan seluruh makhluk di muka bumi ini yang bergelar manusia. Sekejap , Rasulullah SAW adalah manusia teragung & terhebat , para sahabat baginda , para ulama , dan ramai lagi. Berbuatlah baik dengan mereka. Yang masih hidup terutamanya , hormatilah mereka , jagalah tutur kata , dan yang paling penting tanamkanlah rasa kasih , sayang & cinta sesama Muslim agar kita tidak bermusuhan & bertemu berpisah kerana Allah SWT.  Allah sayang & suka manusia yang berbaik baik sesama saudaranya. Cuba kita bayangkan , andai kita ikhlas akan saudara kita , membantunya tatkala susah , adakah saudara itu akan lupa mendoakan kesejahteraan kita ? Insya'Allah doa mereka amat bermakna :)


" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan , dan Kami telah ciptakan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain ). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu , ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan dan amalan kamu ).

( Surah al Hujurat 49 : 13 )

Jagalah hati
Ya , hati. Hati adalah raja fizikal kita. Hati adalah raja kepada mulut. Andai hati berkata kata A , mulut juga begitu. Hati adalah raja kepada tingkah laku. Hati adalah raja diri kita. Jadi , jagalah hati anda. Jagalah hati kita ini sebaik baiknya. Tahukah kita yang kita boleh mengawal hati kita ? Maka janganlah hanya mengikut hati. Ikutkan hati , mati. Fikirlah sedalam dalamnya setiap bait bait hati. Kita manusia punya akal. Gunakan akal & manfaatkanlah hati. 

" Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila daging itu baik , maka seluruh tubuh itu baik ; dan apabila seketul daging itu rosak , maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah yakni seketul daging itu adalah HATI "

( Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim )

Doa. Doa juga penting wahai saudaraku. Jangan lupa untuk senantiasa berdoa. Jangan angkuh. Jangan takbur. Jangan sombong. Berdoalah selagi ada waktu. Berdoalah selagi ada nafas. Berdoalah selagi waktumu berdetik. Berdoalah selagi bumi beredar pada paksinya dan berdoalah selagi matahari mula memancar dari arah timur. Kerna sekali kita tidak berdoa , Allah jauh daripada kita. Kerana apa ? Kerana tanpa doa , maknanya kita dapat hidup tanpaNya , tanpa pertolonganNya. Tapi semua , segala yang kita ada adalah daripaNya kan ? Sedar akan itu ? Maka berdoalah dan doa untuk masuk syurga. Amiiin.

p/s : Mencari redha Allah itu penting. Doakan saya dapat mencari redha Allah , ibu & ayah agar saya dapat menjawab segala soalan untuk final exam nanti dengan tenang dan baik. Insya'Allah :)

3 umat prihatin:

Cendol said...

nice,..dunia ni persinggahan utk kita beramal sebaik mungkin buat bekaln di akhirat nanti . moga Jannah itu milik kita :)

Gigi Besi said...

cendol - amiin , sesungguhnya itulah impian kita. :)

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

:')

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com