Tuesday, June 26, 2012

Tips 3S Buat Sang Pensyukur



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Hidup ini memang tidak sah andai tidak diuji oleh kesayangan kita , Allah SWT. Kenapa Allah uji kita ? Soalan femes with a famous answer. Just because He loves me. He loves you. He loves us. Simple as that. Tetapi pernahkah kita bersyukur dengan ujian yang menimpa kita ? Atau kita hanya tahu mengeluh dan meratap ujian yang diberikan. Ya , tidak disangkal , kita perlu bersyukur pabila kita dikurniakan nikmat yang tidak terhingga tetapi bagaimana pula dengan ujian yang Allah turunkan buat kita ? Lagi sekali , ya , kita juga perlu bersyukur untuk itu. Yeke ?

Iya , kerana ujian yang ditimpa kepada kita adalah mengikut kemampuan kita. Allah tidak akan menurunkan ujianNya kepada hambaNya yang tidak mampu untuk menanggung ujian tersebut. Pasti MAMPU ! Sayang betul Allah dekat kita. Dan Allah turunkan ujian itu semua bukan saja saja. Pasti ada sebab. Antara sebabnya adalah untuk kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebagai contoh , andai kita ditimpa sakit @ penyakit ; apa yang diharapkan untuk kita buat ? Kita seharusnya bersyukur akan nikmat sihat yang sebelum ini kita ada. Maka , dengan ditimpa ujian sakit , kita akan lebih menghargai masa masa sihat kita. Disitulah datangnya nikmat ujian. Di mana hambaNya bersyukur akan apa apa kebaikan yang dikurniakanNya sebelum ini.

Disini saya nak kongsi tips bersyukur yang simple yang saya & berjuta muslimin yang lain amalkan :)


Sebutlah Alhamdulillah
Tak disangkal lagi , ucapan "Alhamdulillah" sememangnya ucapan yang amat bermakna buat kita & Allah SWT. Allah suka jika hambaNya ketika merasai nikmat pemberiaanNya mengucapkan ucapan ini. Susah ke ? Tak kan ? Amalkanlah. Kita akan rasa bahagia sangat.


Sujudlah Tanda Syukur
Sujud syukur menjadi kegemaran saya kerana saya senantiasa berasa tenang pabila saya sujud. Ya , semasa sujud kita merasakan Allah hampir dengan kita. Semasa sujudlah sentiasa wujud rasa kasih dan sayang kita kepada Allah. Rasa rendah dirinya kita sebagai hambaNya yang hina. Semasa sujud jugalah kita berebut rebut berdoa agar senantiasa diredhai Allah , dicintaNya , dikasihiNya. Nikmatnya andai kita merasai nikmat sujud ini. Lebih lebih lagi pabila kita diturunkan nikmat atau kegembiraan , bersujudlah. Dengan tanpa sedar kita lupa akan nikmat yang diberikan kerana nikmat ketika sujud yakni berasa hampir denganNya lebih bermakna !

Sedekah
Sedekah disini amat general. Means that andai kita diberikan rezeki yang lebih , maka kita bersedekah kepada yang memerlukan. Tapi apa yang saya suka lakukan ialah sedekahkan ayat ayat al Qur'an terutamanya surah Yassin buat mereka yang terlebih dahulu menghadap Ilahi. Di sini membuatkan saya berasa insaf kerna nikmat yang saya terima bukanlah sesuatu yang kekal kerna satu hari nanti nikmat ini akan hilang. Akan pergi. Kita tidak membawa harta mahupun kekayaan ke liang lahad. Maka bersyukurlah dengan nikmat yang sementara ini & cuba untuk meningkatkan diri dengan ibadah agar kita tidak hanyut dengan dunia. Insya'Allah.

Tiada yang lebih berharga buat saya selain daripada dikurniakan ibu yang prihatin , sporting & penyayang yang senantiasa memahami & menyokong segala yang saya lakukan asalkan masih berlandaskan syariat Islam. Dan tidak lupa ayah yang lucu , tawwadu' serta tegas dalam mendidik saya agar menjadi muslimah sejati. Nikmat yang tidak terhingga juga pabila saya dikurniakan dua puteri adinda saya yang comel comel belaka. They are the other side of me. Terima kasih Allah atas semua ini. Sesungguhnya bukan harta yang saya pinta tetapi kesejahteraan mereka dunia akhirat lebih utama. Alhamdulillah !

p/s : Segala salah silap harap dimaafkan. Final lagi dua hari. Doakan sahabatmu ini agar dapat melakukan yang terbaik ! Insya'Allah :')

13 umat prihatin:

khafzal said...

InsyaAllah tips yang semua dah tau tapi penerangan yang santai buat smua nak ikut. Semoga Allah redha....

secret roses said...

Syukur,syukur,ALHAMDULILLAH.
teringat nasyid raihan :)

eh,bila masa minat hellokitty ni??hahhaha

Gigi Besi said...

kherul - Semoga ALLAH redha juga awak ziarah :)

rose - tu la , boleh karaoke pulak ye ? hehe. Eh , janganlah perli. Malu :)

Anonymous said...

thaks atas perkongsian..allah uji sebab dia syg kita:))

Gigi Besi said...

zafirah - yes dear :') Sesungguhnya Allah xuji hambaNya untuk saja saja :)

eyqa said...

bgus tips nie..

emylase. said...

Betul, sentiasa bersyukur :) Semoga berjaya untuk final :)

Gigi Besi said...

eyqa - thanks & semua ini daripada Allah :') Selamat beramal !

Nur Emilya - yes , And thanks for the wish ! :)

Khai_Sol said...

Teringat lagu rahmat ujian =').. Alhamdulilah,ya Allah =)

Gigi Besi said...

cik penguin solehah - Ya , alhamdulillah :')

fadh leyanie said...

tidak susah pn tips bersykur ,cuma terpulang kpd individu untuk melaksanakannya..nice sharing :)

Liza Razak said...

good luck in your final exam sis :)

Gigi Besi said...

fadh leyanie - ya , sangat tak susah plus free lagi. Mungkin kurang kesedaran dalam kalangan muslim & muslimat semua je.

Peringatan buat diri sendiri juga :)

Liza Razak - thanks so much !! :)

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com