Tuesday, June 26, 2012

Tips 3S Buat Sang Pensyukur



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Hidup ini memang tidak sah andai tidak diuji oleh kesayangan kita , Allah SWT. Kenapa Allah uji kita ? Soalan femes with a famous answer. Just because He loves me. He loves you. He loves us. Simple as that. Tetapi pernahkah kita bersyukur dengan ujian yang menimpa kita ? Atau kita hanya tahu mengeluh dan meratap ujian yang diberikan. Ya , tidak disangkal , kita perlu bersyukur pabila kita dikurniakan nikmat yang tidak terhingga tetapi bagaimana pula dengan ujian yang Allah turunkan buat kita ? Lagi sekali , ya , kita juga perlu bersyukur untuk itu. Yeke ?

Iya , kerana ujian yang ditimpa kepada kita adalah mengikut kemampuan kita. Allah tidak akan menurunkan ujianNya kepada hambaNya yang tidak mampu untuk menanggung ujian tersebut. Pasti MAMPU ! Sayang betul Allah dekat kita. Dan Allah turunkan ujian itu semua bukan saja saja. Pasti ada sebab. Antara sebabnya adalah untuk kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebagai contoh , andai kita ditimpa sakit @ penyakit ; apa yang diharapkan untuk kita buat ? Kita seharusnya bersyukur akan nikmat sihat yang sebelum ini kita ada. Maka , dengan ditimpa ujian sakit , kita akan lebih menghargai masa masa sihat kita. Disitulah datangnya nikmat ujian. Di mana hambaNya bersyukur akan apa apa kebaikan yang dikurniakanNya sebelum ini.

Disini saya nak kongsi tips bersyukur yang simple yang saya & berjuta muslimin yang lain amalkan :)


Sebutlah Alhamdulillah
Tak disangkal lagi , ucapan "Alhamdulillah" sememangnya ucapan yang amat bermakna buat kita & Allah SWT. Allah suka jika hambaNya ketika merasai nikmat pemberiaanNya mengucapkan ucapan ini. Susah ke ? Tak kan ? Amalkanlah. Kita akan rasa bahagia sangat.


Sujudlah Tanda Syukur
Sujud syukur menjadi kegemaran saya kerana saya senantiasa berasa tenang pabila saya sujud. Ya , semasa sujud kita merasakan Allah hampir dengan kita. Semasa sujudlah sentiasa wujud rasa kasih dan sayang kita kepada Allah. Rasa rendah dirinya kita sebagai hambaNya yang hina. Semasa sujud jugalah kita berebut rebut berdoa agar senantiasa diredhai Allah , dicintaNya , dikasihiNya. Nikmatnya andai kita merasai nikmat sujud ini. Lebih lebih lagi pabila kita diturunkan nikmat atau kegembiraan , bersujudlah. Dengan tanpa sedar kita lupa akan nikmat yang diberikan kerana nikmat ketika sujud yakni berasa hampir denganNya lebih bermakna !

Sedekah
Sedekah disini amat general. Means that andai kita diberikan rezeki yang lebih , maka kita bersedekah kepada yang memerlukan. Tapi apa yang saya suka lakukan ialah sedekahkan ayat ayat al Qur'an terutamanya surah Yassin buat mereka yang terlebih dahulu menghadap Ilahi. Di sini membuatkan saya berasa insaf kerna nikmat yang saya terima bukanlah sesuatu yang kekal kerna satu hari nanti nikmat ini akan hilang. Akan pergi. Kita tidak membawa harta mahupun kekayaan ke liang lahad. Maka bersyukurlah dengan nikmat yang sementara ini & cuba untuk meningkatkan diri dengan ibadah agar kita tidak hanyut dengan dunia. Insya'Allah.

Tiada yang lebih berharga buat saya selain daripada dikurniakan ibu yang prihatin , sporting & penyayang yang senantiasa memahami & menyokong segala yang saya lakukan asalkan masih berlandaskan syariat Islam. Dan tidak lupa ayah yang lucu , tawwadu' serta tegas dalam mendidik saya agar menjadi muslimah sejati. Nikmat yang tidak terhingga juga pabila saya dikurniakan dua puteri adinda saya yang comel comel belaka. They are the other side of me. Terima kasih Allah atas semua ini. Sesungguhnya bukan harta yang saya pinta tetapi kesejahteraan mereka dunia akhirat lebih utama. Alhamdulillah !

p/s : Segala salah silap harap dimaafkan. Final lagi dua hari. Doakan sahabatmu ini agar dapat melakukan yang terbaik ! Insya'Allah :')

Sunday, June 24, 2012

Peringatan Buat Diriku Yang Mudah Lupa #4





Maut itu pasti. Setiap 21 minit dia hadir. Masih ketawa ?

" Setiap yang hidup akan merasai mati , dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan ; dan kepada Kamilah kamu akan kembali. "


( Surah al Anbiya' 21 : 35 )

Saturday, June 23, 2012

Peringatan Buat Diriku Yang Mudah Lupa #3




Allah murka dengan manusia hipokrit

" Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. "

( Surah as Saff 61 : 03 )

Tips Masuk Syurga




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

                                     Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Jannah. Na'wa. Firdaus. Khuldi. Na'im. Semuanya adalah syurga. Impian terbesar kita. Seberapa banyak pun impian kita di dunia , deep inside our heart pasti terselit , " Aku mahu syurga ! " ; " Aku nak masuk syurga ! " ; " I wanna be in heaven ! ". Bukan sahaja muslimin & muslimat sahaja yang mahukan syurga ciptaan Allah malah golongan bukan Islam juga mahukan syurga. Tanya semua insan , semua pabila mati mesti menginginkan syurga. Mahukan syurga. Bodohlah kalau dia hidup hanya saja saja. Tidak mahukan syurga. Namun begitu , terfikir. Apakah itu syurga ? 

Kalau perasan , kita senantiasa sudah maklum dengan apa itu syurga. Kerna jika kita mendapat sesuatu yang menggembirakan mahupun yang membuat kita senang hati , pasti mulut kita mengatakan , " Macam syurga ! " ; " Aku dapat syurga ! " ; " Rumahku Syurgaku ! " ; " Yes , it's heaven ! " ; " Awesome like heaven ! " and etc. See , kat dunia pun kita dapat rasa tempias syurga. Tu baru sedikit. Ibarat apa yang kita dapat itu setitis air & syurga sebenar seperti luas terbentangnya lautan.

Bagi saya , apa apa amalan kita yang membawa ke arah kebaikan ; semuanya amalan yang membawa kita ke syurga. Bukan sahaja tertumpu kepada sesuatu amalan. Namun begitu , amalan sahaja tidak cukup ; niat juga mestilah selari dengan amalan yang dilakukan oleh kita. Walaupun rukun Islam sudah lengkap kita laksanakan namun andai niat berlandaskan syaitan & nafsu semata mata ; lupakan syurga. Allah tak suka hambaNya yang hipokrit.



Tiga tips daripada saya buat diri sendiri & anda semua. Tiga perkara yang kini dipraktikkan selain daripada rukun wajib yang diwajibkan kepada kita semua. Tiga perkara yang pasti besar pahalanya walaupun perlaksanaannya amat senang. Tidak susah. Cuma hati yang banyak memainkan peranan. Nak buat atau tak. Nak pahala atau tak. Nak syurga atau tak. Tepuk dada tanya selera iman masing masing. :')

Kenapa tiga ? Ntah. Saya suka nombor tiga. Mungkin kerana saya ada tiga adik beradik. Tiga tiga gadis tiada jejaka. Tiga perempuan & TIGA lagi. Apakah tiga tips itu ?


Jaga hubungan dengan Allah
Banyak cara boleh kita praktikkan bagi menjaga hubungan kita dengan kekasih kita yakni Allah SWT. Antaranya ialah senantiasa bertaubat ( tidak kira bertaubat sebagai hambaNya mahupun taubat kerana dosa yang dilakukan ). Selain itu , senantiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanNya. Kita haruslah sedar bahawa nikmat Allah tidak pernah putus sedikit pun. Maka perlulah kita bersyukur dengan nikmatNya sebagai tanda terima kasih. Kalau kita dapat hadiah daripada ayah ibu , kita ucap " Terima kasih " kan ? Apa salahnya kita ucap " Alhamdulillah ! " kepada Allah SWT yang telah menghadiahkan nikmat kepada kita.

" Dan andai kamu menghitung nikmat Allah , nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya ."

( Surah Ibrahim 14 : 34 ) 


Jaga hubungan dengan Manusia
Secara amnya , makna manusia disini cukup luas. Manusia termasuklah ibu bapa , adik beradik , saudara mara , guru guru , rakan rakan , dan seluruh makhluk di muka bumi ini yang bergelar manusia. Sekejap , Rasulullah SAW adalah manusia teragung & terhebat , para sahabat baginda , para ulama , dan ramai lagi. Berbuatlah baik dengan mereka. Yang masih hidup terutamanya , hormatilah mereka , jagalah tutur kata , dan yang paling penting tanamkanlah rasa kasih , sayang & cinta sesama Muslim agar kita tidak bermusuhan & bertemu berpisah kerana Allah SWT.  Allah sayang & suka manusia yang berbaik baik sesama saudaranya. Cuba kita bayangkan , andai kita ikhlas akan saudara kita , membantunya tatkala susah , adakah saudara itu akan lupa mendoakan kesejahteraan kita ? Insya'Allah doa mereka amat bermakna :)


" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan , dan Kami telah ciptakan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain ). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu , ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan dan amalan kamu ).

( Surah al Hujurat 49 : 13 )

Jagalah hati
Ya , hati. Hati adalah raja fizikal kita. Hati adalah raja kepada mulut. Andai hati berkata kata A , mulut juga begitu. Hati adalah raja kepada tingkah laku. Hati adalah raja diri kita. Jadi , jagalah hati anda. Jagalah hati kita ini sebaik baiknya. Tahukah kita yang kita boleh mengawal hati kita ? Maka janganlah hanya mengikut hati. Ikutkan hati , mati. Fikirlah sedalam dalamnya setiap bait bait hati. Kita manusia punya akal. Gunakan akal & manfaatkanlah hati. 

" Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila daging itu baik , maka seluruh tubuh itu baik ; dan apabila seketul daging itu rosak , maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah yakni seketul daging itu adalah HATI "

( Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim )

Doa. Doa juga penting wahai saudaraku. Jangan lupa untuk senantiasa berdoa. Jangan angkuh. Jangan takbur. Jangan sombong. Berdoalah selagi ada waktu. Berdoalah selagi ada nafas. Berdoalah selagi waktumu berdetik. Berdoalah selagi bumi beredar pada paksinya dan berdoalah selagi matahari mula memancar dari arah timur. Kerna sekali kita tidak berdoa , Allah jauh daripada kita. Kerana apa ? Kerana tanpa doa , maknanya kita dapat hidup tanpaNya , tanpa pertolonganNya. Tapi semua , segala yang kita ada adalah daripaNya kan ? Sedar akan itu ? Maka berdoalah dan doa untuk masuk syurga. Amiiin.

p/s : Mencari redha Allah itu penting. Doakan saya dapat mencari redha Allah , ibu & ayah agar saya dapat menjawab segala soalan untuk final exam nanti dengan tenang dan baik. Insya'Allah :)
Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com