Saturday, May 19, 2012

Jangan Menghukum , Dia Juga Manusia





Bismillah
Assalamualaikum.



Manusia yang gemar menghukum orang lain adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Diri saya sendiri senantiasa mendidik hati agar jangan menghukum manusia walaupun bertapa besar pun kesalahannya. Hal ini kerana kita bukannya tahu bagaimana keadaannya pabila dia meninggal dunia malah kita tidak tahu apa yang Allah SWT tahu. Tidakkah nanti kita tertunduk malu andai si dia lebih disayangi Allah kerana taubatnya berbanding kita ? Dan lebih penting kepada manusia yang gemar menghukum ini agar hinalah maksiat bukan si pelaku maksiat itu. Tetapi kenapa ? Kenapa ?

Ketidaksempurnaan Manusia
Allah sendiri menjadikan ketidaksempurnaan manusia sebagai fitrah. Maka , tiada erti kesempurnaan dalam konteks seorang manusia. Sempurna itu sudah semestinya milik Allah SWT. Itu tiada yang setara. Oleh itu , adakah kita punya hak untuk menentukan , " Kau jahat ! " ; " Kau masuk neraka ! " atau " Kau keji ! ". Jawapannya sudah pasti tidak. Kerana hak penghukuman itu hanyalah milik Yang sempurna. Dialah berhak untuk menghukum. Thus , avoid punishing people around you. Lihatlah kekurangan diri dahulu. Cerminkanlah diri ini. Lihatlah bagaimana pula penerimaan masyarakat kepada kita. Jika kita pula lihat masyarakat seperti meminggirkan kita , there's must be something wrong somewhere right ?

Insan itu bersifat Lupa
Manusia sememangnya perlu untuk diingati dan memperingati. Al insan itu sendiri memberi makna ' lupa '. Sudah terang lagikan bersuluh. Dan sebab lumrahnya manusia yang pelupalah Allah menciptakan Al Qur'an sebagai petunjuk dan Rasulullah SAW sabagai pemberi ingatan. Sempurna kan ? Namun begitu , masih ramai manusia yang lupa akan hakikat itu. Masih ramai yang mencari kesilapan manusia lain tanpa mengetahui atau lupa atau ' buat buat lupa ' yang kita juga mempunyai banyak kesilapan lampau yang mungkin orang lain tidak nampak.

Allah telah berfirman dalam surah Al An'aam ayat 51 yang bermaksud ;

" Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang orang yang takut akan dihimpunkan kepada Tuhannya ( pada hari kiamat ) , sedangkan bagi mereka tiada seorang pelindung dan pemberi syafaat pun selain daripada Allah , agar mereka bertakwa. "

Ya , Muhammad diutuskan kerna untuk memberi peringatan kepada kita yang lupa. Ini adalah buktinya. Kita lupa akan siapakah diri kita yang sebenar sehingga sanggup mengutuk , menghina dan mencaci manusia yang lain kerana dosanya. Malah lebih buruk lagi , kita menghinanya kerana dosa lampaunya sedangkan dia sudah taubat dan bertaqwa. Dimanakah hilangnya Islam dalam diri kita ? Mahukah kita lupa selama lamanya ? Tepuk dada tanyalah iman.

























Ya , semoga kita bertemu di syurga kelak. Mudah mudahan. Amiin.

p/s : Buat si dia sahabatku , aku amat mencintaimu. Berpalinglah daripada dosa kemaksiatanmu. Andai kau membaca pesanan ini , bukan aku tidak mampu untuk menyapamu , menyantunimu secara bersemuka tetapi aku takut akan penerimaanmu. Aku tahu sikapmu yang kadang kala agak sukar memecahkan tembok egomu itu. Aku juga tidak mahu kau menjauhkan diri daripadaku. Dan lebih penting aku tidak mahu kau menjauhkan dirimu daripada makna Islam itu sendiri.

Panduan , tips & olahan yang lebih mendalam dan hebat daripada senior ;

Hilal Asyraf bersama Kehidupan : Dia Budak Agama , Dia Pergi Usrah , Dia Pakai Tudung Labuh..

Solihin Zubir bersama Hinalah Maksiat Tetapi Jangan Hina Si Pelaku Maksiat

1 umat prihatin:

Unknown said...

saya pon berharap macam tu jugak .. :D

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com