Wednesday, May 23, 2012

Peringatan Buat Diriku Yang Mudah Lupa #2





Al Qur'an Itu Pedoman Hidup


" Al Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia , petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini. "


( Surah Al Jatsiyah 45 :  20 )


Tuesday, May 22, 2012

Bila Pakar Jiwa Berbicara




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." 

( Surah Al Baqarah 2 :  255 )

Kalau perasan , dewasa ini , ramai sangat muslimin dan muslimat yang sakit jiwa. Sampai tak sanggup saya melihatnya lagi. Terlalu ramai sehingga saya rasa amatlah perlu untuk kita mempunyai klinik mengubat rohani dan jiwa. Yakni sakit jiwa yang dimaksudkan bukanlah kurang waras atau lebih parah , gila. Tidak. Tidak sama sekali. Tetapi sakit jiwa di sini ialah penyakit di mana pesakit dijangkiti virus kurang memahami apakah yang cuba disampaikan oleh Islam. Dan menyebabkan mereka gemar melakukan maksiat , dosa yang memakan jiwa atau merosakkan jiwa sanubari mereka. Mereka tidak mahu menerima tautan hati ataupun ubat jiwa seperti majlis majlis ilmu , usrah usrah bersama naqib dan naqibah dan seangkatan dengannya. Kalau pahala melihat al Qur'an pun tidak mahu ' grab ' inikan pula pahala membaca kitab suci itu. Di manakah silapnya ? Adakah para ulama' kurang mengadakan majlis ilmu atau ibu bapa sendiri yang masih kurang menyediakan didikan agama yang cukup ? Atau diri sendiri yang tutup hati dan jiwa daripada menerima dakwah islamiah ? Tepuk dada , tanya iman , tanya pakar jiwa :')

Nak katakan saya ini pakar mengubati jiwa terluka , tidaklah. Hanya perkongsian daripada pembacaan dan juga ilmu yang di ' grab ' daripada kakak kakak naqibah. Dan juga ulama' ulama' terkenal. Sharing is caring kan ? Tetapi hari ini saya taknak menceritakan mengenai punca punca mahupun faktor faktor yang mengakibatkan penyakit jiwa tetapi kita akan lihat apakah simptom simptom awal , pertengahan , kemuncak dan akhir penyakit jiwa ini. Jom kita terjah !

Simptom Awal @ Permulaan 
Manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan atau maksiat. Semua manusia tidak sempurna kan ? So , here it is. Pesakit yang berada di peringkat permulaan ataupun initial stage penyakit ini , selalunya pabila melakukan maksiat kemudiannya pesakit akan rasa bersalah dan kesal atas perbuatannya. Kebiasaannya , dosa yang dilakukan bukanlah dosa dosa besar tetapi dosa tetap dosa. Mereka akan segera bertaubat dan cuba sebaik mungkin untuk tidak kembali kepada penyakit lama yakni melakukan maksiat itu tadi. 

Simptom Pertengahan
This is what we called as the middle stage of the disease. Pesakit yang pada mulanya punya perasaan kesal dan ingin berubah tetap melakukan dosa yang sama berulang ulang kali. Di sini mungkin dipengaruhi atau atas dorongan rakan rakan yang menyebabkan taubat tadi ditunda dan perasaan bersalah kepada Allah semakin terhakis. Virus virus dosa semakin merebak. Bisikan Syaitan seperti menjanjikan syurga. Namun begitu , masih boleh diubati andai masih punya kelompok rakan rakan yang mengajaknya beribadah kepada Allah. Ya , mungkin pada mulanya dia enggan tetapi lama kelamaan titik titik keinsafan pasti menapak di hatinya.

Simptom Kemuncak
Once those people be at the climax stage , it is getting harder to cure them. Pesakit mula berasa seronok untuk melakukan maksiat. Mereka bukan sahaja mengulangi dosa dosa lampau MALAH mereka juga mencuba melakukan dosa dosa baharu dan ini mengakibatkan hati mereka mula menjadi gelap gulita. Titik titik keinsafan mula menjauhi jiwa dan titik titik hitam dosa dan noda mula menapak dan mengambil tempat pada jiwa pesakit. Dalam hal ini , perasaan gentar dan takut sudah hilang dan mungkin ingatan terhadap Allah juga mula pudar. 




Dimana peranan kawan dianggap seperti syaitan kecil


Simptom Akhir
Pada peringkat ini , pesakit mula berasa lali dengan dosa yang dilakukan dan sesetengahnya tidak merasa takut langsung. Nasihat yang mungkin dihadiahkan oleh rakan rakan yang masih sayangkan mereka agar mereka berubah umpama menyimbah air sirap ke daun keladi ; jangan kata nak serap nasihat itu dalam jiwa , nak rasa secebis nilai kasih sayang rakan itu pun tak. Pesakit kini lebih menyedihkan mengajak rakan rakan yang lain untuk melakukan maksiat. Dia bagaikan tidak mahu menanggung virus maksiat itu seorang diri malah menyebarkan kepada orang lain. 

Thus , hati hati dengan pesakit jiwa :')

p/s : Baru dengar khabar yang ada saudara seislam yang hampir dengan saya lari daripada rumah. Masha'Allah. Itu tandanya virus penyakit jiwa sudah bermaharajalela di jiwanya. Semoga Allah tabahkan hati ibunya dan keluarga. Buat adik andai terbaca post ini, pulanglah. Tiada apa dengan dunia yang hanya berlandaskan nafsu semata mata. Pulanglah kepada keluargamu. Bertapa marah pun ibu atau ayah , mereka marah marah sayang. Untuk kebaikan adik juga. Saya doakan yang terbaik untuk adik.

Salam mengubat jiwa !

Sunday, May 20, 2012

Peringatan Buat Diriku Yang Mudah Lupa






Perangi Musuh Allah

" Dan perangilah di jalan Allah orang orang yang memerangi kamu , tetapi jangan melampaui batas. Sungguh , Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas. "

( Surah Al Baqarah 2 : 190 )


Saturday, May 19, 2012

Jangan Menghukum , Dia Juga Manusia





Bismillah
Assalamualaikum.



Manusia yang gemar menghukum orang lain adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Diri saya sendiri senantiasa mendidik hati agar jangan menghukum manusia walaupun bertapa besar pun kesalahannya. Hal ini kerana kita bukannya tahu bagaimana keadaannya pabila dia meninggal dunia malah kita tidak tahu apa yang Allah SWT tahu. Tidakkah nanti kita tertunduk malu andai si dia lebih disayangi Allah kerana taubatnya berbanding kita ? Dan lebih penting kepada manusia yang gemar menghukum ini agar hinalah maksiat bukan si pelaku maksiat itu. Tetapi kenapa ? Kenapa ?

Ketidaksempurnaan Manusia
Allah sendiri menjadikan ketidaksempurnaan manusia sebagai fitrah. Maka , tiada erti kesempurnaan dalam konteks seorang manusia. Sempurna itu sudah semestinya milik Allah SWT. Itu tiada yang setara. Oleh itu , adakah kita punya hak untuk menentukan , " Kau jahat ! " ; " Kau masuk neraka ! " atau " Kau keji ! ". Jawapannya sudah pasti tidak. Kerana hak penghukuman itu hanyalah milik Yang sempurna. Dialah berhak untuk menghukum. Thus , avoid punishing people around you. Lihatlah kekurangan diri dahulu. Cerminkanlah diri ini. Lihatlah bagaimana pula penerimaan masyarakat kepada kita. Jika kita pula lihat masyarakat seperti meminggirkan kita , there's must be something wrong somewhere right ?

Insan itu bersifat Lupa
Manusia sememangnya perlu untuk diingati dan memperingati. Al insan itu sendiri memberi makna ' lupa '. Sudah terang lagikan bersuluh. Dan sebab lumrahnya manusia yang pelupalah Allah menciptakan Al Qur'an sebagai petunjuk dan Rasulullah SAW sabagai pemberi ingatan. Sempurna kan ? Namun begitu , masih ramai manusia yang lupa akan hakikat itu. Masih ramai yang mencari kesilapan manusia lain tanpa mengetahui atau lupa atau ' buat buat lupa ' yang kita juga mempunyai banyak kesilapan lampau yang mungkin orang lain tidak nampak.

Allah telah berfirman dalam surah Al An'aam ayat 51 yang bermaksud ;

" Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang orang yang takut akan dihimpunkan kepada Tuhannya ( pada hari kiamat ) , sedangkan bagi mereka tiada seorang pelindung dan pemberi syafaat pun selain daripada Allah , agar mereka bertakwa. "

Ya , Muhammad diutuskan kerna untuk memberi peringatan kepada kita yang lupa. Ini adalah buktinya. Kita lupa akan siapakah diri kita yang sebenar sehingga sanggup mengutuk , menghina dan mencaci manusia yang lain kerana dosanya. Malah lebih buruk lagi , kita menghinanya kerana dosa lampaunya sedangkan dia sudah taubat dan bertaqwa. Dimanakah hilangnya Islam dalam diri kita ? Mahukah kita lupa selama lamanya ? Tepuk dada tanyalah iman.

























Ya , semoga kita bertemu di syurga kelak. Mudah mudahan. Amiin.

p/s : Buat si dia sahabatku , aku amat mencintaimu. Berpalinglah daripada dosa kemaksiatanmu. Andai kau membaca pesanan ini , bukan aku tidak mampu untuk menyapamu , menyantunimu secara bersemuka tetapi aku takut akan penerimaanmu. Aku tahu sikapmu yang kadang kala agak sukar memecahkan tembok egomu itu. Aku juga tidak mahu kau menjauhkan diri daripadaku. Dan lebih penting aku tidak mahu kau menjauhkan dirimu daripada makna Islam itu sendiri.

Panduan , tips & olahan yang lebih mendalam dan hebat daripada senior ;

Hilal Asyraf bersama Kehidupan : Dia Budak Agama , Dia Pergi Usrah , Dia Pakai Tudung Labuh..

Solihin Zubir bersama Hinalah Maksiat Tetapi Jangan Hina Si Pelaku Maksiat

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com