Saturday, February 11, 2012

Lelaki tak hensem tak ada janggut


Bismilahirrahmanirrahim ,
Salam kepada lelaki berjanggut :)

 



Dari Abi Imamah : Rasulullah S.A.W bersabda ; " Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu , tinggalkan ( jangan meniru ) Ahl al- Kitab ".

 ( Hadis Riwayat Ahmad dan at - Thabrani )

Zaman sekarang , lelaki lebih gemar menyimpan kumis nipis daripada memelihara janggut nipis. Mengikut hadis di atas , sudah menjadi sunnah Rasulullah S.A.W menyimpan janggut dan tidak kira lah para lelaki mahunya nipis atau tebal mahupun panjang. Asalkan kemas dan bersih , betul tak ? Tapi nampaknya kebanyakkan lelaki kurang gemar untuk menyimpan janggut. Kebanyakkan bukan bermakna semua kerana ada juga segolongan yang menyimpan janggut. Yang pasti golongan itu ialah golongan kaum Adam. Namun , kenapa masih ramai menafikan kelebihan berjanggut. Kalau ada yang cuba menyimpan tapi sukar tumbuh dapatlah diterima alasannya. If they could but they don't , kenapa pulak ya ? Hodoh sangat ke ada janggut ? 

Di dalam hadis di atas , Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja menyuruh kita agar berjanggut , malahan baginda melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu mereka ( golongan kafir ) memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Tina tahu ramai yang berjanggut kerana mahu ikut sunnah Nabi dan bukan kerana lain. Percayalah , kejayaan dan kebaikan bakal menyusul para lelaki berjanggut sekalian , insyaAllah. Tetapi tina punya rakan rakan juga yang sukar ditumbuhi janggut tetapi sangat rindu mahu amalkan sunnah berjanggut ini. Maka , be patient guys. Jika ia tumbuh cuma sehelai pun or beberapa helai sahaja pun , biarlah. Even it look unsuitable or inappropriate for you to look more fashionable or anything , take it as hasanah. Kerana kesungguhan korang dalam melaksanakan sunnah akan mendapat rahmat Allah just because your love towards Rasulullah S.A.W.

Berjanggutlah.



Someone said to me , dengan berjanggut lelaki nampak lebih macho , hensem , berkarisma , sifat kelakian dan ketampanan terserlah , dan nampak soleh dan beragama. Ya , soleh. Setiap lelaki mahu menjadi seorang lelaki yang soleh. Ya sekali lagi , berjanggut bukanlah satu platform untuk menjadi soleh atau ada janggut pasti soleh. Tidak ! Ia hanyalah pandangan masyarakat kepada lelaki berjanggut. Tetapi bukankah dengan pandangan itu dapat meningkatkan lagi semangat kita bagi menuju tujuan sebenar kita iaitu menjadi hambaNya yang soleh ? Percayalah , ramai wanita suka lelaki berjanggut. Tetapi yang paling penting jantung hati kita , Allah suka lelaki berjanggut. Ala , tak payah nak panjang panjang , sejemput pun dah smart !

Namun begitu , abaikan pandangan pandangan yang lain tu. Yang penting adalah niat sebenar korang berjanggut. Tujuan apa ? Kerana ingin mengikut sunnah Nabi yang mulia. Ia sebaik baik tujuan. Dan yang penting ialah ganjarannya besar disisi Allah S.W.T. Pernah dengar tak satu kisah lelaki berjanggut dan Rasulullah S.A.W ?


p/s : Selamat berhijrah wahai lelaki :)

6 umat prihatin:

anasolehah said...

setuju , lelaki rugi tak berjanggut :)

Miss Peah said...

Allah sangat suka hambaNya mengikuti sunnah Nabi..

Hodoh??

Tak hodoh langsung lelaki berjanggut!

nursayidatina said...

ana - ye , lelaki pasti tak rugi kalau berjanggut :)

Miss Peah - setuju dengan anda , Allah suka kita mengamalkan sunnah sunnah Nabi :) , hensem kan lelaki berjanggut ?

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

sy ta suke dgn lelaki yg bermisai nmpak kurang hnsem tu ... hehehe

MissThe3Dara said...

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ - Hehe , samalah saya pun. Disamping tak boleh kan , memang nampak kurang menarik lelaki bermisai :)

muhammad hafiz said...

Sy ade misai dan janggut tpi sy cukurnya :(

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com