Saturday, February 4, 2012

Dahan - dahan Firaun


Bismilahirrahmanirrahim 
Salam


“ Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia ;” Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”.

( Surah Yunus ; ayat 90)

Siapa Firaun ?

Kalau zaman kanak-kanak dahulu, Firaun dikenali sebagai manusia yang paling jahat. Kisah-kisah anbia’ sentiasa dijadikan teladan dan kisah Nabi Musa dan Firaun sememangnya amat dikenali dan popular dalam kalangan kanak – kanak. Walaupun ketika itu kanak-kanak ini merupakan anak kecil yang tidak memahami maksud yang tersirat disebalik kisah Firaun, namun mereka pasti tahu perbuatan Firaun itu salah ! Tapi perbuatan apa ? Perbuatan bongkak yang mengaku dirinya Tuhan. Dan apabila kanak-kanak itu sudah mula membesar , bijak berfikir dan berintelektual , pasti mereka faham perbuatan mengaku dirinya Tuhan merupakan perbuatan syirik dan dosanya amat besar.

Tidak kiralah Firaun pada zaman Nabi Musa itu adalah Thutmose I , Thutmose II mahupun Thutmose III  tetapi moral daripada kisah tersebut amatlah berguna buat remaja dewasa kini. Perbuatan Firaun yang tidak dapat menerima ajaran yang dibawa Nabi Musa sepatutnya dihayati oleh semua hamba Allah s.w.t dan sewajibnya dijauhi kita. Adakah ramai yang sudah lupa mahupun tidak mengetahui kisah Musa dan Firaun ini ? Mungkin tidak mustahil tetapi sudah pasti tidak kepada mustahil. Bak kata orang dalam bahasa omputih ' Everything is possible for God '. Segalanya tidak mustahil di tangan Allah s.w.t..

Yang tidak mengetahui pasti ternganga dan terfikir ;

' Kurangnya penghayatan aku terhadap kisah anbia' -_- '

Atau

' Kenapa cikgu @ ustazah tak ajar ni ? -__- '

Atau

' Kenapa abah dan mak tak pernah cerita huh ? -________- '

Mahukah kita lihat generasi kita akan datang iaitu anak anak kita , cucu cucu kita , cicit cicit kita dan seterusnya terfikir perkara ini ? Atau mahukah kita menjadi pendidik dan ibubapa yang dipersalahkan kerana kesilapan kita yang tidak menghayati kisah kisah anbia' ? Benarlah kata pepatah , menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tidak berguna.

Namun begitu , tujuan Tina menaip dan artikel ini dibuka lebarannya bukanlah mahu menyalahkan ibubapa mahupun pendidik yang buta dalam mendidik generasi tentang pentingnya kisah kisah anbia' tetapi mahu menunjukkan apa padahnya andai perbuatan Firaun tidak dihayati. Mahukah akar perbuatan jahat iaitu Firaun tumbuh sehingga menerbitkan dahan - dahannya iaitu kita ? Maksudnya , mahukah kita mahu melihat remaja masa kini termasuklah kita sendiri mengikuti perbuatan Firaun ? Dan adakah kita mahu melihat dahan - dahan itu hidup sehingga bercambah kepada daun - daun Firaun ? Nau'zubillah. Fikir - fikirkanlah.

Secara ringkas , kehidupan yang singkat ini hendaklah dimuati dengan segala ilmu agama , dan yang paling penting praktikkan ilmu itu. Bukankah ilmu tanpa amal itu tiada gunanya seperti pohon tanpa buah.

Ternganga ? Tutup mulut itu. Ucaplah , laillahaillallah !

 P/s : Salam Maulidur Rasul :)

2 umat prihatin:

Cahaya Kerinduan said...

terbaik ! ^^ cerita yg penuh pengajaran..

nursayidatina said...

cahaya kerinduan - terima kasih , semoga dihayati pengajaran itu :')

Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com