Tuesday, February 28, 2012

Sebarlah Islam dengan Intelek BUKAN Kebodohan



Bismilahirrahmanirrahim ,
Salam.






















Alhamdulillah , tahun 2012 @ 1433 mencerminkan satu revolusi teknologi buat kita semua. Kini , teknologi bukanlah satu perkara baharu yang menghadirkan satu gaya magis. Kalau dahulu , 20 atau 30 tahun dahulu ; mungkin untuk berkomunikasi dengan rakan rakan mahupun famili hanya menggunakan cara pos atau telefon. Itu yang paling canggih. Ye la , penggunaan Internet masih tidak meluas pada zaman tersebut. Internet bagai magis yang tiba tiba hadir. Boleh berkomunikasi melalui komputer bagai. Magis lah tu ! Tina berumur 9 , 10 tahun ketika ayah beli sebuah komputer. Eksitednya bukan main. I don't want Cadburry , Smarties ( YEAH , that tablet candy ) or even Mamie anymore. I just wanna play game. Computer games. Internet ? Apa benda tu ? ( 9 , 10 tahun masih buta IT ; Jangan gelak ! And I bet you too )

Masa berlalu pantas , penggunaan Internet semakin diterima. Facebook , Twitter , Tumblr , Blogger , and etc. Tapi jangan memandang penggunaan IT sebagai perkara yang remeh. Ramai would say that ' I would not gain dosa by only surfing the Internet. ' Oh baby , who knows ? Kita bukan Allah untuk menentukan kita tidak akan mendapat dosa dengan melayari Internet. So kalau macam tu, semua orang boleh menyebarkan fitnah di laman sosial. So , semua orang boleh menonjolkan aurat mereka dengan mengupload gambar mereka di Internet. Begitu ? Tampaknya , kebodohan semakin mendapat tempat. I thought , with a better technology ; people are getting smarter. Tapi rupanya , tidak. 

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

( Surah al A'raf ; ayat 179 )

Kalau perasan , ramai yang gemar menyebar maklumat tanpa memikir dan menyiasat sumber maklumat tersebut. Lebih lebih lagi maklumat berkaitan hal ehwal Islam. Is it from a reliable source ? Or NOT ? Pelik , hari ini ramai yang terpana melihat satu berita tergempar. Berita tentang pelukis kartun Nabi Muhammad. Tahu ? Pasti tahu. Yang menghina agama kita , agama Islam. Teknologi telah berkembang bukan ? Beberapa laman sosial sudah jadi medan penyebaran segala berita , fakta yang kadang kala tiada pun di dada akhbar atau berita di televisyen. Sejauh mana kebenarannya ? Kita pun tak tahu. Nak tahu tentang berita kartun Nabi Muhammad itu ? Cuba baca sini > SolihinZubir's Blog


















p/s : Pasti akan lebih berhati hati memilih sumber penyebaran maklumat berkaitan Islam.


Monday, February 27, 2012

Stop , think. And thank you.


Bismilahirrahmanirrahim , 
Salam.


Satu lafaz mudah , ringkas dan bermakna tetapi tidak ramai yang sudi untuk melafazkannya.

Pelbagai situasi kita boleh cetuskan. Ketika berjalan menuju ke kelas , sampai di pintu kebetulan ada seorang hamba Allah membukakan pintu untuk kita. Kita pun terus sahaja masuk tanpa mengucapkan terima kasih. Dah lama sangat kita tak menghubungi seorang sahabat dunia akhirat kita dan one fine day , he / she calls you. Telefon untuk bertanya khabar dan berbual panjang. Kita akhiri dengan ucapan salam tanpa ucapan terima kasih atas ingatan sahabat kita itu pada kita. Lori sampah datang ke rumah untuk mengutip sampah yang menimbun , kebetulan lagi kita berada di luar rumah untuk berchitchat dengan jiran tetangga ; kita langsung tidak berminat untuk melihat tukang angkut sampah itu apatah lagi to stop awhile and say , " thank you ". Aneh ! Besar pahalanya andai lafaz terima kasih kita ucapkan kepada mereka. Even though it just a situation which accidently occurs , but why can't we practise it just because we want to gain more and more pahala.

And of course , perkara ini ditujukan buat diri tina juga. Diri sendiri juga susah untuk mempraktikkan mengucap kata kata keramat itu. Alhamdulillah , syukur dan terima kasih kepada Allah merupakan lambang syukur jika dinisbahkan manusia kepada Allah s.w.t. Namun ucapan ini juga adalah simbol mahabah antara sesama insan. Doesn't mean nak dapat pahala , ucapan ini hanya buat muslim sahaja , yang non-muslim buat tak tahu je. Actually , inilah kunci kita muslim untuk menarik minat golongan bukan Islam untuk meminati Islam yang serba serbi lengkap. Kalimah terima kasih juga adalah tanda bagi mengeratkah ukhwah antara manusia dengan manusia.

Tetapi jika kita refleks diri kita , di situasi mana pula ucapan syukur di ucapkan buat Allah dan sudah berapa kali kita berterima kasih kepada buah hati kita itu ? Bayangkan pada umur kita 20 tahun , berapa hari Allah memberi kita peluang untuk berterima kasih kepadaNya ? Satu tahun 366 hari ; 10 tahun merangkumi 3660 hari dan apabila umur meningkat 20 tahun , angka kiraan hari juga meningkat kepada 7320 hari. Kalau 50 tahun ? Seberapa kerap kita ucapkan syukur dan terima kasih kita kepada Allah s.w.t yang memberikan banyak peluang kepada kita dalam bentuk angka hari. Selalukah ? Allah telah berfirman dalam al - Ankabut ayat 2 yang bermaksud ;

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : " Kami telah beriman ", sedang mereka tidak diuji lagi ? 

Allah itu akan menguji setiap hamba hambaNya. Mungkin kita merasakan kita tidak pernah diuji atau tidak akan diuji tetapi adakah kita tahu bahawa kesenangan itu juga adalah satu bentuk ujian buat kita ? We never stop and think about that. Yang kita tahu , mahu mencari lebih kesenangan. Andai diri ini tidak tahu sekalipun kesenangan itu ujian ; tidakkah kita tahu yang kesenangan itu anugerah ? Dan amat perlulah kita ucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada jantung hati kita. Tidak terfikirkah ?



p/s : Pernah tak even once kita ucapkan salam pada diri kita ? Assalamualaikum Nursayidatina dan terima kasih kerana telah menjadi hebat walaupun bukan di mata manusia tetapi di mata Allah. Insya'Allah.
p/s : pssss , terlupa pulak. Thanks for reading this piece :)

Tuesday, February 21, 2012

Kenapa result exam tak setimpal dengan usaha ?


Bismilahirrahmanirrahim ,
Salam.




Dengar cerita ramai yang bakal berhadapan dengan saat gentir result exam. Tak terkecuali tina. Tina nak juga tahu apa result exam tina. Biasalah budak degree first semester. Mestilah excited nak tahu apa keputusan setelah bertungkus lumus tak tidur siang malam untuk buat yang terbaik dalam final exam yang lepas. By hook or by crook I wanna excellent result. Insya'Allah. Tapi itu semua masih kerja Allah. Tina hanya mampu berserah je sekarang. Dengan hanya mengira detik keluarnya result exam , hati berdebar debar ; ' apa result aku ye ? ' ' Teruk tak ? ' Or lagi teruk dari asasi dulu ? ' ' Tak kot , ni degree , I should do great in degree ! ' ' But , orang cakap degree susah ? ' and bla bla bla.

Tapi itu untuk tina , pelajar degree. Bagi yang lain , mungkin pelajar lepasan SPM ; mesti diorang lagi excited , gementar sampai nerves nak meletup kan ? Hehehe. Just wonder , our efforts for 5 years at the high schools are determined by the ONLY examination which is SPM. Macam tak fair kan ? Fair , tak fair kita kena lalui juga. We still have to face it. So , for those yang lepasan SPM ; congrats from me because you've made it guys ! Tak kesah result korang apa sekalipun , it doesn't matter. Bukan senang SPM tu. Tapi yang paling penting , SPM sebenarnya bukanlah penentu kejayaan. Trust me , Allah lah tunggak kejayaan kita dunia dan akhirat. So , kejarlah Allah , bukan SPM k ? Allah telah berfirman dalam surah al Buruj ayat 16 yang bermaksud ;

" Dialah yang Maha Kuasa yang berbuat sekehendak-Nya. "

Kalau ikut ayat ni , Allah berkuasa untuk berbuat apa sahaja. Maka apa apa pun yang berlaku , kita kena kembali kepada ayat ini. Kalau kita mendapat kejayaan yang dipinta , ucaplah Alhamdulillah. Bersyukur yang Allah telah memakbulkan doa kita. Tetapi kalau sebaliknya , ucaplah Alhamdulillah juga. Allah dah plan perkara yang lebih baik daripada apa yang kita pinta. Berdoa dan berdoa lah. Kerana itulah senjata kita , orang Mukmin. Kerana itu jugalah satu medan perhubungan antara kita dengan Allah s.w.t.

So , don't even once blame Allah for anything. Kita yang salah. Mungkin kita kurang beribadah , kurang usaha , kurang dari pelbagai sudut. Jangan tanya , ' Kenapa result exam tak setimpal dengan usaha ? ' kerana banyaknya usaha bukan simbolik kejayaan. Kadang kala usaha itu sia sia kerana tidak selari dengan doa dan tawakal. Perkara ini kena dilakukan dengan istiqamah. Jangan usaha untuk final exam berbulan bulan tetapi sehari sebelum final exam baharu nak laksanakan solat hajat berdoa agar dapat menjawab segala yang ditanya. Kenapa tidak pinta hari hari ? Kenapa susah untuk berdoa ? Kerana kita malas untuk istiqamah. 

" Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah , nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. "

( Surah an - Nahl ; ayat 18 ) 

Nikmat Allah tu banyak sampai kita tak boleh nak hitung. Kalau kita tak berjaya time SPM maybe time kita masuk universiti , kolej , politeknik and etc ; Allah boleh bagi kita berjaya. Or even kita still gagal pabila dah usaha separuh gila time di IPT , DON'T WORRY ; Allah Maha Mengetahui. Walaupun tidak berjaya di dunia , percayalah kita masih ada akhirat yang kekal. Aim syurga. That's the point kita berusaha penat penat time di dunia. Just because the syurga! Life in hereafter is more important and we should work for it. Pertingkatkan ibadah kita okey ? 



p/s : Doakan result tina okey ? :)

Sunday, February 19, 2012

Wishlist Pada Ulang Tahun Kelahiran


Bismilahirrahmanirrahim , 
Salam.





















Wow , tina terkejut. Comel comel semua ucapan ulang tahun kelahiran untuk tina. Terima kasih banyak banyak. Walaupun hanya ucapan di Facebook but it doesn't matter. I'm amazed with the wishes. Thanks for the wishes , thanks for the doa' , thanks for the advices and thanks for anything. Alhamdulillah i'm a big girl now and it's okey if there's no present. Hehehe. Tapi kalau nak bagi apa salahnya kan ? 

Today , ikut tahun Masihi , tina sudah berumur 20 tahun. Sudah besar anak ibu dan ayah ni. But if we refer to the Islamic calendar , dah lama tina sudah berumur 20 tahun. Hari ulang tahun kelahiran tina sebenarnya pada 15 Sya'ban. So dah lama lepas. Tapi still muda lagi. Siapa cakap 20 itu tua ? It's a new age and a new life for me to increase my effort to do more and more ibadah. Ibadah kepada buah hati dan jantung hati tina and korang semua that is my Allah :)

Kita tak pernah sempurna tapi kita boleh berusaha untuk menjadi yang sempurna untuk jantung hati kita. Sebenarnya apabila bercakap mengenai hari ulang tahun kelahiran atau hari lahir atau hari jadi atau yang paling famous is Birthday , kita sentiasa lupa pada tarikh inilah ibu , emak , mummy , umi , mama kita bertungkus lumus untuk melahirkan putera dan puteri mereka. Pada tarikh inilah mereka mengalirkan air mata syukur kerana dapat mendengar tangis buah hati mereka yang baru dilahirkan. Pada tarikh inilah mereka nekad akan melakukan yang terbaik buat anak yang baru dilahirkan. 

Pada tarikh inilah juga merupakan tarikh peperangan buat permaisuri kita. Peperangan kekuatan untuk melahirkan anak. Peperangan di antara mereka dan anak mereka ; antara sang ibu atau sang anak yang hidup ataupun kedua dua mereka hidup mahupun meninggal dunia menghadap Tuhan yang Esa. Mati sang ibu seperti mati seorang pejuang. Mati sang anak ibarat kain suci. Syurgalah tempatnya. No doubt !

Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

Mulianya sang ibu kan ? Terima kasih ibu kerana telah melahirkan kakak. I love you very strong :) Wishlist ? Tak ada list. Yang pertama dan yang terakhir ; I hope to be a better daughter for you , ibu. Kakak harap dapat memberi yang terbaik untuk ibu. Kakak tahu kakak bukan anak yang sempurna untuk ibu tetapi kakak akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi anak yang terbaik untuk ibu. Kakak hargai sangat sangat ibu telah melahirkan dan menjaga akak dengan baik sekali. Terima kasih ibu ! Syukran ibu ! Kamsamida ibu ! ;D 

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al - Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud ;

" Kami perintahkankepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya , ibunya telah mengandungnya dengan susah payah , dan melahirkannya dengan susah payah ( pula ). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan... "

So berbuat baiklah dengan ibu korang semua sekiranya mereka masih hidup. Carilah peluang untuk membuat mereka happy. Jadikan hari ulangtahun kelahiran kita sebagai satu titik motivasi kepada kita tentang bertapa susah payahnya ibu kita melahirkan dan menjaga kita. Dan apa salahnya pula kita bersusah payah untuk ibu kita. Kan ? Sayangilah ibu kita seperti ibu kita sayangi kita. 



p/s : Nak wish dapat husband soleh jugak lah boleh kan ? 

p/s 2 : Ibu tengah tengok cerita CUN. Ibu comel lah , jangan marah tau ? Akak nak pergi sidai kain ni :)

Saturday, February 18, 2012

Qarin kurus tonjol jayanya ibadah kita


Salam ,
Bismilahirrahmanirrahim.


" Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran ( al - Quran yang diturunkan oleh Allah ) Yang Maha Pemurah , Kami akan adakan baginya Syaitan ( yang menghasut dan menyesatkannya ) , lalu menjadilah Syaitan itu ( Qarin ) temannya yang tidak renggang daripadanya. "

( Surah Az - Zukruf ; ayat 36 )


Siapa itu Qarin ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah untuk mendamping manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti mempunyai Qarinnya sendiri. Actually Qarin ini boleh dikatakan sebagai ' kembar ' manusia. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali daripada mempunyai Qarin. Namun begitu , Qarin yang mendamping Rasulullah adalah muslim manakala bagi yang lainnya adalah kafir. But how ? Allah telah membantu Rasulullah s.a.w mengislamkan Qarin yang mendamping baginda. 

Apa tugas Qarin mendamping manusia ?

Pada umumnya , Qarin yang kafir ini kerjanya untuk mendorong manusia melakukan kejahatan. What type of kejahatan ? Anything ! Qarin ini akan membisikkan kata was was dalam hati manusia dalam melakukan kebaikan , melalaikan solat , liat nak membaca al - Qur'an , dan sebagainya. Well , he's trying very hard untuk menghalang kita daripada melakukan kebaikan. 

Ayat di atas menunjukkan kewujudan Qarin dalam kehidupan kita. Namun begitu , Allah telah mengutuskan malaikat untuk mengimbangi kejadian ciptaannya ini. Pabila ada kejahatan pasti ada kebaikan kan ? Pabila ada orang jahat , pasti ada orang baik kan ? Malaikat di sini akan membisikkan kata kata kebenaran , menyediakan keteguhan hati untuk melakukan ibadah , dan sebagainya. Yang penting semuanya ke arah kebaikan. And it's up to us to follow the Malaikat or the Qarin. It's an option. Kalau korang ? Mesti nak pilih malaikat kan ? So , please be careful. Sebab pendorong ke arah kejahatan NOT only SYAITAN but also QARIN. Where as , there's only Malaikat to guide us to be a better muslim. Tetapi kalau kita percaya dan sayangkan Rasulullah , meningkatkan pembacaan al - Qur'an dan hadis dan yang paling penting kita senantiasa bermunajat kepada buah dan jantung hati kita , Allah s.w.t. , Insya'Allah pendamping kejahatan kita akan kalah. Insya'Allah !


























The most important thing is we can make the Qarin become thinner and weaker. Bagaimana ? Setiap muslim boleh menguasai Qarinnya dengan membaca ' Bismillah ' sebelum melakukan pekerjaan , banyakkan berzikir dan yang penting amar makruf nahi munkar. Dengan cara ini , Qarin kita menjadi lebih kurus kerana tidak dapat makan apabila kita senantiasa mengamalkan pembacaan ' Bismillah ' sebelum makan dan lemah apabila kita tidak meninggalkan ibadah wajib malah menambahkan lagi dengan ibadah sunat.

Aisyah r.a ada menceritakan bahawa pada suatu malam , Rasulullah s.a.w keluar dari rumahku , lalu aku berkata , " Aku merasa cemburu. " Tiba tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya , " Wahai Aisyah , apa yang membuatkan engkau cemburu ? " Aku berkata , " Bagaimana aku tidak cemburu kepada orang yang seumpama engkau ya Rasulullah, " Maka sabda Rasulullah s.a.w pula , " Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan ? " Aku bertanya , " Apakah aku ada syaitan ? " Sabda Rasulullah s.a.w , " Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ada syaitan iaitu Qarin. " Aku bertanya lagi , " Adakah engkau pun ada syaitan , ya Rasulullah ? " Jawab Baginda , " Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam. " 

( Hadith Riwayat Muslim )

Dan dalam hadis lain , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ;

" Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara , iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir. Kedua, para isteriku membantu akan daku namun begitu isteri Nabi Adam membantu ia membuat kesalahan. "

( Hadith Riwayat Baihaqi )

Qarin akan berpisah dengan ' kembar ' nya apabila kita , manusia dampingannya meninggal dunia. Kita akan ditempatkan di alam barzakh menghadapi hukuman jika kita mendengar bisikkan Qarin tetapi menghadapi keindahan alam barzakh andai kita menepis semua bisikan syaitan dan Qarin ini. Jahat jahat Qarin ini sebenarnya menguji keimanan kita. Bukankah kita juga punya nafsu ? Nafsu pun jahat juga. So kita kena pandai handle 3 perkara jahat ini ; Syaitan , Qarin dan nafsu. Semoga kita senantiasa dirahmati Allah , amiin :)

p/s : Semoga kita dapat menepis setiap bisikkan kejahatan. Jangan kita yang pula membisikkan kejahatan kepada kawan kawan kita atau orang lain. Nanti kita pula jadi Qarin no 2 mereka.
sumber : Blog Syahirul

Tuesday, February 14, 2012

Hari Valentine + Tak sambut # Tak Boleh Hidup ?



Bismilahirrahmanirrahim ,
Salam kepada golongan menyambut Hari Haram.



















Tujuan di hati bukan mahu memperkecilkan sesiapa yang menyambut Hari Valentine mahupun menghukum golongan yang meraikan hari haram tersebut. Tetapi tujuannya adalah untuk memberi peringatan buat korang semua dan saya sendiri. Walaupun diri ini tidak pernah menyambut hari ' berkasih sayang ' ini tapi diri ini pernah punya niat mahukan perhubungan yang lebih baik di hari haram ini. Dahulu tina pernah punya blog yang memaparkan kisah hidup diri tina sendiri dan pandangan tina tentang cinta muda mudi zaman kini. Sudah macam blog Cikgu Cinta pulak. Hahaha. Dan tina pernah buat satu post regarding ' I want an honest relationship in 2011. ' Tepat pada tarikh 14 Februari 2011. Apa tina cakap ?

Do we need to tell every single person about our relationship ? Atau we should announce it dekat facebook ? Atau we should tell our parents about our relationship ? Is it the true meaning of ' honest relationship ' ? Without any lies and secrets ? Well, personally its up to u guys, girls. Nobody force u to do this and that. Hidup ini adalah milik kamu. U are the person that start the game of life. And u also will end it by yourself. So u'll interprete it by yourself. Sit and think. Every individual have their own interpretation. So interprete it nicely and u'll get the answer.

So apa pandangan tina sekarang ?  And of course , view may change over time. As I said , every individual have their own interpretation. And now , I don't think I want an honest relationship as before. Sebelum ni tina mahukan an honest relationship which is between gulafriend and buayafriend. Maksudnya , perhubungan antara kekasih. Perhubungan antara pelaku maksiat. But today , I still want  an honest relationship but not with my buayafriend of course as I pun single lagi. Hahaha. Just kidding. I want an honest relationship with my buah dan jantung hati iaitu my Allah. Secondly , I want an honest relationship with my parents and family. Its better than hoping an honest relationship with a person yang tak pasti lagi menjadi suami kita. Right ? 

Cuba fikirkan. Kenapa kita boleh cipta hubungan sesama manusia , lelaki dan perempuan tetapi kita susah nak cipta hubungan dengan Allah. Kenapa kita boleh tingkatkan kasih sayang kita sesama manusia , kumbang dan bunga tetapi kita susah nak tingkatkan kasih sayang kita dengan Allah. Siap sambut Valentine bagai. Apa ke hal ? Kalau kita boleh istiqamah pergi dating , callling malling , ucap kata kata pujian rindu sayang muah muah dengan kekasih kumbang dan bunga kita , tetapi kenapa kita tak boleh istiqamah dalam menjawab panggilanNya , solat 5 waktu , mengucapkan kata - kata pujian kepadaNya ; bertakbir , bertahmid dan banyak lagi. Kenapa ? Why ? 

Tina tak nak cerita kenapa Hari Valentine ni HARAM buat kita muslim dan muslimat. Semua sudah maklum akan cerita dan kisah disebalik Hari Valentine ini. Tetapi mereka masih tak serik dan menyambutnya. Bukan 100 % salah orang yang menyambutnya. Golongan pemberi peringatan sudah melakukan yang terbaik dalam memberi peringatan ; mereka yang masih jahil sudah tertarik dengan kata kata peringatan dan takut untuk menyambutnya. Namun begitu , peranan media tampaknya membawa peranan menarik kembali tumpuan anak muda ke arah penyambutan Hari Valentine. Tina tengok kedai kedai cenderahati yang pada dasarnya milik individu yang beragama Islam ligat mempromosikan barangan Hari Kekasih. Di samping itu , restoran makanan segera menonjolkan tawaran hebat kepada pasangan yang menyambut Hari Kekasih membuatkan mereka yang terlebih dahulu sudah diberi peringatan lebih semangat untuk bersama kekasih masing masing dengan alasan , ' apa salahnya , nak makan je pun. ' Well , its a small matter but it gives a gigantic impact to the youths. Lepas ni , every year diorang sambut dengan alasan nak makan murah dengan kekasih , nak bagi hadiah belated birthday murah pada tarikh Hari Valentine. Haish -___-

Allah dah berfirman ,

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
( Surah al - Ra'd ; 11 )

Agak agak bila kita boleh ubah diri kita agar menjadi hambaNya yang soleh dan mengamalkan amar makruf nahi munkar ? Tepuk dada tanya iman. Jangan hanya menjadi seorang muslim yang mengaku Allah itu ada tetapi berubahlah menjadi mukmin yang bermotivasi , berdedikasi dan komited serta yang paling penting beriman kepada rukun iman yang pertama iaitu percayakan Allah yang Esa. Percayalah andai rukun iman yang pertama telah tersemat di hati , Insya'Allah tiada yang mustahil untuk beriman kepada rukun iman yang lain. Maka jauhilah dari menyambut hari yang tidak dibenarkan dalam Islam. Tina teringat kata kata seseorang tetapi tina terlupa siapa , beliau pernah berkata ;

Kenapa kita perlu menyambut hari sambutan kafir ( Hari Valentine ) sedangkan hari sambutan kita sebagai muslim ( Maulidur Rasul ) tidak pernah disambuti mereka. 

Fikir - fikirkanlah.


p/s : Selamat menyambut hari berkasih sayang bersama Allah setiap hari :)

Saturday, February 11, 2012

Lelaki tak hensem tak ada janggut


Bismilahirrahmanirrahim ,
Salam kepada lelaki berjanggut :)

 



Dari Abi Imamah : Rasulullah S.A.W bersabda ; " Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu , tinggalkan ( jangan meniru ) Ahl al- Kitab ".

 ( Hadis Riwayat Ahmad dan at - Thabrani )

Zaman sekarang , lelaki lebih gemar menyimpan kumis nipis daripada memelihara janggut nipis. Mengikut hadis di atas , sudah menjadi sunnah Rasulullah S.A.W menyimpan janggut dan tidak kira lah para lelaki mahunya nipis atau tebal mahupun panjang. Asalkan kemas dan bersih , betul tak ? Tapi nampaknya kebanyakkan lelaki kurang gemar untuk menyimpan janggut. Kebanyakkan bukan bermakna semua kerana ada juga segolongan yang menyimpan janggut. Yang pasti golongan itu ialah golongan kaum Adam. Namun , kenapa masih ramai menafikan kelebihan berjanggut. Kalau ada yang cuba menyimpan tapi sukar tumbuh dapatlah diterima alasannya. If they could but they don't , kenapa pulak ya ? Hodoh sangat ke ada janggut ? 

Di dalam hadis di atas , Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja menyuruh kita agar berjanggut , malahan baginda melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu mereka ( golongan kafir ) memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Tina tahu ramai yang berjanggut kerana mahu ikut sunnah Nabi dan bukan kerana lain. Percayalah , kejayaan dan kebaikan bakal menyusul para lelaki berjanggut sekalian , insyaAllah. Tetapi tina punya rakan rakan juga yang sukar ditumbuhi janggut tetapi sangat rindu mahu amalkan sunnah berjanggut ini. Maka , be patient guys. Jika ia tumbuh cuma sehelai pun or beberapa helai sahaja pun , biarlah. Even it look unsuitable or inappropriate for you to look more fashionable or anything , take it as hasanah. Kerana kesungguhan korang dalam melaksanakan sunnah akan mendapat rahmat Allah just because your love towards Rasulullah S.A.W.

Berjanggutlah.



Someone said to me , dengan berjanggut lelaki nampak lebih macho , hensem , berkarisma , sifat kelakian dan ketampanan terserlah , dan nampak soleh dan beragama. Ya , soleh. Setiap lelaki mahu menjadi seorang lelaki yang soleh. Ya sekali lagi , berjanggut bukanlah satu platform untuk menjadi soleh atau ada janggut pasti soleh. Tidak ! Ia hanyalah pandangan masyarakat kepada lelaki berjanggut. Tetapi bukankah dengan pandangan itu dapat meningkatkan lagi semangat kita bagi menuju tujuan sebenar kita iaitu menjadi hambaNya yang soleh ? Percayalah , ramai wanita suka lelaki berjanggut. Tetapi yang paling penting jantung hati kita , Allah suka lelaki berjanggut. Ala , tak payah nak panjang panjang , sejemput pun dah smart !

Namun begitu , abaikan pandangan pandangan yang lain tu. Yang penting adalah niat sebenar korang berjanggut. Tujuan apa ? Kerana ingin mengikut sunnah Nabi yang mulia. Ia sebaik baik tujuan. Dan yang penting ialah ganjarannya besar disisi Allah S.W.T. Pernah dengar tak satu kisah lelaki berjanggut dan Rasulullah S.A.W ?


p/s : Selamat berhijrah wahai lelaki :)

Saturday, February 4, 2012

Dahan - dahan Firaun


Bismilahirrahmanirrahim 
Salam


“ Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia ;” Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”.

( Surah Yunus ; ayat 90)

Siapa Firaun ?

Kalau zaman kanak-kanak dahulu, Firaun dikenali sebagai manusia yang paling jahat. Kisah-kisah anbia’ sentiasa dijadikan teladan dan kisah Nabi Musa dan Firaun sememangnya amat dikenali dan popular dalam kalangan kanak – kanak. Walaupun ketika itu kanak-kanak ini merupakan anak kecil yang tidak memahami maksud yang tersirat disebalik kisah Firaun, namun mereka pasti tahu perbuatan Firaun itu salah ! Tapi perbuatan apa ? Perbuatan bongkak yang mengaku dirinya Tuhan. Dan apabila kanak-kanak itu sudah mula membesar , bijak berfikir dan berintelektual , pasti mereka faham perbuatan mengaku dirinya Tuhan merupakan perbuatan syirik dan dosanya amat besar.

Tidak kiralah Firaun pada zaman Nabi Musa itu adalah Thutmose I , Thutmose II mahupun Thutmose III  tetapi moral daripada kisah tersebut amatlah berguna buat remaja dewasa kini. Perbuatan Firaun yang tidak dapat menerima ajaran yang dibawa Nabi Musa sepatutnya dihayati oleh semua hamba Allah s.w.t dan sewajibnya dijauhi kita. Adakah ramai yang sudah lupa mahupun tidak mengetahui kisah Musa dan Firaun ini ? Mungkin tidak mustahil tetapi sudah pasti tidak kepada mustahil. Bak kata orang dalam bahasa omputih ' Everything is possible for God '. Segalanya tidak mustahil di tangan Allah s.w.t..

Yang tidak mengetahui pasti ternganga dan terfikir ;

' Kurangnya penghayatan aku terhadap kisah anbia' -_- '

Atau

' Kenapa cikgu @ ustazah tak ajar ni ? -__- '

Atau

' Kenapa abah dan mak tak pernah cerita huh ? -________- '

Mahukah kita lihat generasi kita akan datang iaitu anak anak kita , cucu cucu kita , cicit cicit kita dan seterusnya terfikir perkara ini ? Atau mahukah kita menjadi pendidik dan ibubapa yang dipersalahkan kerana kesilapan kita yang tidak menghayati kisah kisah anbia' ? Benarlah kata pepatah , menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tidak berguna.

Namun begitu , tujuan Tina menaip dan artikel ini dibuka lebarannya bukanlah mahu menyalahkan ibubapa mahupun pendidik yang buta dalam mendidik generasi tentang pentingnya kisah kisah anbia' tetapi mahu menunjukkan apa padahnya andai perbuatan Firaun tidak dihayati. Mahukah akar perbuatan jahat iaitu Firaun tumbuh sehingga menerbitkan dahan - dahannya iaitu kita ? Maksudnya , mahukah kita mahu melihat remaja masa kini termasuklah kita sendiri mengikuti perbuatan Firaun ? Dan adakah kita mahu melihat dahan - dahan itu hidup sehingga bercambah kepada daun - daun Firaun ? Nau'zubillah. Fikir - fikirkanlah.

Secara ringkas , kehidupan yang singkat ini hendaklah dimuati dengan segala ilmu agama , dan yang paling penting praktikkan ilmu itu. Bukankah ilmu tanpa amal itu tiada gunanya seperti pohon tanpa buah.

Ternganga ? Tutup mulut itu. Ucaplah , laillahaillallah !

 P/s : Salam Maulidur Rasul :)
Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com