Sunday, December 4, 2011

Hijrah & Hidayah itu anugerah

Salam ,

Bismilahirrahmanirrahim.


Pertama sekali , tina ingin memohon maaf andai tersalah kata , ada melakukan kekhilafan terhadap kalian , sesungguhnya semua manusia melakukan kesilapan bukan ? Segala yang di post kan sebelum ini nampaknya sangat menuju ke arah yang menjauhi daripada mendapatkan keredhaanNya. I’ve defined love in ‘ couple ‘ relationship perfectly without thinking that is it the best thing that I could ever give to all of you ? I’m so sorry if my inputs dah bagi korang lalai dalam melakukan apa sahaja yang disuruhNya. Apa kata we change our aim ; as before the aim of mine to have this blog is most probably to help people to find their love , to handle lovers with that attitude / this attitude but how about we change the lover ( our gulafriend and buayafriend ) to our beloved God = Allah SWT :) , Is it too much ?


And for sure , tina dah lama tak update blog ni atas kesibukan yang melampau. I thought life in Arau more easier than Shah Alam but I was wrong. Penat jugak melayan assignment yang menggunung. And well , it is not an excuse untuk mengikuti usrah yang dianjurkan pihak IMAM disini. Usrah yang disampaikan sememangnya memberi pelbagai ilmu baru buat insan yang jahil seperti tina. Kuliah jumaat juga apa kurangnya. Minggu lepas diselitkan tajuk ‘ Adam & Hawa ‘ yang menarik perhatian hampir 50 residen kolej yang tina duduki. Walaupun itu hanyalah suku daripada keseluruhan residen tetapi itu merupakan kejayaan yang baik kerana bukan senang untuk menarik minat mahasiswi untuk turun mendengar kuliah agama lebih lebih lagi pada waktu lunch dan pada hari jumaat yang merupakan hari rehat setelah penat menimba ilmu. Praktikkan apa yang tidak pernah dipraktikkan sebelum ini memang susah tapi andai hidayah menjelma di hati nurani , pasti tidak susah.

Korang pernah termimpikan berada dalam kegelapan dan menjerit jerit meminta dikeluarkan daripada tempat gelap itu. Korang pernah rasa tak ? Oh well , ada seorang minah , bukan nama sebenar yang telah merasai hal itu. She had a dream that on that time , she’s dying dan merasai mati. Dia merasai berada dalam kegelapan iaitu di dalam kubur. Tetapi dia tidak merasai apa yang dinamakan azab kubur tetapi apa itu kemanisan barzakh. Dia mendengar seseorang berkata kata iaitu berubahlah demi mencari keredhaan Allah yang sebenar. Dan dia terbangun setelah itu dengan keadaan mata berair. YA , dia menangis. Menangis kerana apa ? Menangis kerana Allah masih memberi dia kesempatan untuk berubah dengan seikhlas hati. Keikhlasan hati ? Mengapa perlu ada ikhlas hati ? Kerana sebelum ini dia merupakan insan yang lupa dan lalai. Dia pernah terjebak dalam kancah cinta , ‘ couple ‘ euuuw – euuuw ni. Dia pernah menangis kerana cinta , dia pernah melukakan hati orang lain kerana cinta. Tapi dia tak pernah tahu yang ;


Dia tidak tahu yang dengan memperoleh pahala di sisi Allah SWT , kita pasti tidak akan bersedih hati. Janji Allah itu pasti. Cuma dia tidak tahu. Dia menangis kerana lelaki lain dan bukan kerana Allah. Hatinya sedih kerana lelaki tanpa dia sedari yang dia tidak akan bersedih hati kerana Allah. Allah itu Maha Mangasihani . Dia amat menyayangi hambaNya. Sebab itu Dia memberi hidayah kepada hambaNya yang seorang ini. Dan kini hambaNya itu sudah mahu mempraktikkan amal amal yang terbaik bagi mendapatkan keredhaanNya. Alhamdulillah :)
Terima kasih kerana mengikuti post post Tina sebelum ini. Tina kini bukan Tina yang lama , Tina kini makin berusaha menjadi yang lebih baik.


InsyaAllah .


p/s : Salam Penghijarahan
Copyright© All Rights Reserved Thethreedara.blogspot.com